Baru Satu Jam Terjual, ‘Orang Tengah Pandu Nissan Skyline GTT R34 Terb4bas Lnggar Pokok, Kereta ‘Total Lost’

Kisah pemilik tidak sempat memandu kereta baru akibat keretanya mengalami kem4langan bukanlah satu perkara yang asing lagi dikalangan kita. Sebelum ini melibatkan sebuah Proton X50 dan Mercedes-AMG E43 yang dipandu oleh orang lain.

Pada petang semalam, tular beberapa keping gambar menunjukkan sebuah Nissan Skyline GTT R34 hancur teruk setelah melnggar sebatang pokok di satu kawasan di Johor.

Difahamkan sewaktu kejadian, pemandu yang membawa kereta tersebut merupakan ‘orang tengah’ yang menguruskan proses jual beli di antara pemilik lama dan pemilik baru kereta tersebut.

Sumber Gambar: IG Story @hafishazam

Sumber Gambar: IG Story @hafishazam

Menurut hantaran Facebook pemilik lama kereta tersebut, beliau sudah selesai menjual keretanya kepada pemilik baru dengan transaksi bayaran penuh dan thumbprint menggunakan e-auto bagi urusan penukaran nama pemilik kereta pada pukul 2.18 petang semalam.

Beliau telah memaklumkan kepada pemilik baru yang kereta tersebut telah diletakkan di rumah ‘orang tengah’ yang telah diberikan kepercayaan oleh pemilik baru bagi menguruskan keretanya.

Namun selepas 1 jam beliau meninggalkan kereta tersebut, beliau telah dimaklumkan yang kereta yang baru ditinggalnya kepada ‘orang tengah’ sebentar tadi telah mengalami kem4langan.

Sejurus menerima berita tersebut, beliau dan rakan-rakannya yang lain bergegas menuju ke tempat kejadian untuk melihat keadaan kem4langan tersebut. Ternyata remvk hati beliau apabila melihat keadaan kereta kesayanganya yang dimodifikasi daripada ‘kosong’ telah hancvr tervk pada bahagian hadapan akibat ‘melekat’ pada pokok.

“Kenapalah dia (‘orang tengah’) pergi l4nggar pokok, kalau langg4r tiang lampu mungkin tak seteruk ini,” luah kekec3waan beliau semasa sesi Instagram live dibuat di tempat kejadian semalam.

Sumber Gambar: IG Live @hafishazam

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by VOCKET Car Club (@vocketcarclub)

Terangnya lagi, beliau berasa simpati dengan pemilik baru kerana bukan sahaja tidak sempat untuk memandu kereta barunya, bahkan dia (pemilik baru) tidak pun sempat melihat kereta tersebut di depan matanya sendiri.

Walaubagaimanpun, pemilik lama dan baru serta ‘orang tengah’ bersemuka bagi mendapatkan penjelasan yang lebih jelas mengenai ins1den kem4langan yang berlaku. Kesemua pihak telah pun bersetuju untuk menyelesai perkara tersebut dengan baik.

Dalam hantaran Facebook pemilik lama kereta tersebut turut ada memberitahu, beliau terpaksa menjual kereta kesayangannya bagi menampung kos-kos beberapa perniagaannya seperti bengkel tayar kereta, restoran makan barat dan sebuah lagi restoran Texas BBQ yang akan dibuka tidak lama lagi.

Beliau turut berharap agar orang ramai dapat mengambil iktibar daripada insiden kemalangan yang tular ini agar bakal pemilik apa-apa kenderaan serta ‘orang tengah’ sentiasa berwaspada kerana kejadian yang tidak diingini seperti ini boleh berlaku jika tidak cekap untuk mengawal kenderaan tersebut.

Tambah beliau lagi, adalah lebih baik pihak ‘orang tengah’ dan pemilik baru kenderaan menggunakan perkhidmatan tunda kereta bagi memastikan kenderaan tersebut selamat sampai ke destinasi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : https://www.thevocket.com/

Be the first to comment on "Baru Satu Jam Terjual, ‘Orang Tengah Pandu Nissan Skyline GTT R34 Terb4bas Lnggar Pokok, Kereta ‘Total Lost’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*