“Yang Penting Rezeki Halal”- Tak Ada ‘Job’ Berlakon, Bapa Zahirah Macwilson Tak Malu Jual Baja

Selepas menceburi dalam bidang perniagaan menjual buah harum manis, pelakon Zainol Macwilson kini beralih kepada penjualan baja.

Menurut bapa kepada Zahirah Macwilson itu dia tidak malu untuk mencari rezeki dengan cara apa sekali pun sejak penggambaran dihentikan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Salam hari minggu semua! Saya rasa belum terlambat utk saya nak ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi pada para pelanggan yang telah sudi melanggan harumanis dengan saya baru-baru ni.

“Sekarang pula dengan PKP, shooting pun dihentikan. Jadi saya beralih ke penjualan baja pula!“Yang penting, kita cari rezeki yang halal dan tak perlu nak rasa malu atau pun segan! Buat masa ni, khusus untuk warga Perlis saja,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zainol Macwilson (@zainolmacwilson)

Zainol berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, pelakon veteran itu bergambar dengan baja-baja yang dijual.

Entri berkenaan turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji usahanya mencari rezeki walaupun apa cara sekalipun.

“Inilah contoh seorg pelakon yan humble dan tak somb0ng!,”puji salah seorang pengikutnya.

“Betul tu…nak malu apa kan janji halal,” kata salah seorang warga maya.

Komen Netizen:

“Semoga dimurahkan rezeki,” komen salah seorang netizen.

Zainol merupakan pelakon yang popular dari era tahun 90-an dan kini masih melakonkan beberapa drama popular di televisyen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment on "“Yang Penting Rezeki Halal”- Tak Ada ‘Job’ Berlakon, Bapa Zahirah Macwilson Tak Malu Jual Baja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*