[Video] Reaksi Kucing Bila Sedar Ada Biawak Di Sebelah Bikin Berdek4h!

Kucing biasanya cukup berani jika bercakap tentang menangkap lipas ataupun tikus di rumah. Tetapi jika bertemu dengan haiwan lain seperti biawak, mungkin lain pula reaksi yang diberikan sama seperti telatah kucing ini.

Siapa sangka pertemuan di antara kucing dan biawak ini berjaya menghiburkan ramai ditambah dengan reaksi terkejut si kucing. Malah rata-rata netizen turut sama berdek4h melihat reaksi kucing ini yang terlampau terkejut apabila melihat biawak itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan beberapa ekor kucing sedang duduk melepak di kawasan rumah itu. Namun gelagat seekor kucing berwarna hitam ini mencuri tumpuan ramai apabila dia tidak sedar dengan kemunculan biawak di sebelahnya.

Dalam masa yang sama, kucing-kucing yang lain mula menjauhkan diri sebaik saja sedar dengan kehadiran biawak itu. Namun kucing hitam itu masih lagi dilihat tenang dan tidak bergerak walaupun biawak itu berada begitu hampir dengannya.

biawak

Mungkin ada yang menyangka kucing itu cukup berani melawan biawak itu tetapi sebenarnya kucing itu langsung tidak sedar dengan kehadirannya. Sebaik saja dia menoleh ke biawak itu, kucing itu mula melompat tinggi gara-gara terkejut.

Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat reaksi terkejut kucing itu. Ada juga yang terhibur melihat kucing itu mengambil begitu banyak masa untuk sedar tentang kemunculan biawak itu.

“Punyalah lambat dia sedar yang biawak tu bukan selipar.”

reaksi kucing

“Member dah usya: Dia ni tak nampak ke apa?”

kucing

“Yang biawak tu pun dok tunggu kawan tu terkejut…”

komen

“Dia punya loading takleh bincang.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[Video] Reaksi Kucing Bila Sedar Ada Biawak Di Sebelah Bikin Berdek4h!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*