Adik kes4l pelakon wanita masuk campur kem4tian Benjy, kalau Azean Irdawaty masih ada, dah lama dia kena tamp4r

BELUM sampai seminggu Allahy4rham pelakon Benjy men1nggal dunia, timbul pula cerita kurang senang apabila ahli keluarga ditudvh tidak bertanggungjawab terhadap arw4h sepanjang ditahan di penj4ra di Medan, Indonesia.

Tidak semena-mena adik Allahy4rham, Elza Irdalynna, 34, menerima mesej peribadi di Instagram dipercayai kiriman daripada pelakon wanita yang menudvh mereka mengabaikan kebajikan Benjy.

Kesal dengan tuduh4n tidak berasas itu, Elza berkata pelakon itu tiada hak untuk bersuara tentang isu kebajikan dan terhadap arw4h kerana dia bukanlah individu yang rapat dengan mereka sekeluarga.

“Kalau mak saya (Allahyarh4m Azean Irdawaty) masih hidup mungkin dia dah tamp4r pelakon itu. How can you leave message macam itu, kau siapa! Kalau nak kata dia rapat, sepanjang arw4h mak dan abang sak1t tak pernah pun kami nampak batang hidung dia.

elza
Paparan skrin yang dimuat naik adik Benjy Innessa Irdayanty.

“Dia silap orang nak kacau… dia DM pada adik saya dan dalam mesej itu dia mention nama saya. Kalau dia ada masalah dengan saya, come to me. Takkan saya nak cerita apa yang saya dah buat untuk arw4h abang.

“Saya tak kisah kalau dia kacau saya seorang, tapi ini dia dah kacau adik saya sekali. Tidak patut dia hantar mesej macam tu ketika kami sekeluarga tengah bersed1h, ” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Terdahulu, adik Elza iaitu Inessa Irdayanty, 31, memuat naik paparan skrin mesej panjang lebar yang dipercayai daripada akaun Instagram milik seorang pelakon wanita.

Menerusi DM tersebut, antara lain pelakon itu mend4kwa adik-adik Benjy tidak pernah mengambil berat tentang arw4h sepanjang berada di Medan, Indonesia.

Tidak patut dia hantar mesej macam tu ketika kami sekeluarga tengah bersed1h

ELZA ERDALYNNA

ADIK BENJY

How can you say you love your brother yet he had to seek others help for medical bills?

“Pakaian arw4h tak tukar untuk dua tahun dan you kata you both sayang dia?

“Hati jenis apa you orang miliki dengan membiarkan seorang abang sak1t dalam penj4ra, ” tulis pelakon itu.

Hingga kini mStar masih berusaha untuk mendapatkan penjelasan daripada aktres berkenaan berhubung kenyataan dan paparan skrin yang dikongsikan adik arw4h Benjy itu.

e0fd5a8e-0818-42c9-adad-37b38394d8dd
Proses pengebumi4n arwah Benjy di Medan, Indonesia pada Isnin.

Sementara itu menceritakan hal sebenar, Elza berkata, dia terpaksa melakukan beberapa pekerjaan bagi menghulurkan bantuan kewangan pada arw4h abangnya.

“Persatuan Seniman pun tahu setiap bulan paling minimum saya akan beri bantuan kewangan sebanyak RM500 pada Benjy, kalau dia kena masuk hospital memang saya akan beri lebih.

“Takkan saya nak tunjuk bank statement saya pada dia (pelakon berkenaan) atau pihak media? Lepas itu, saya ada nasihatkan Benjy untuk tunjuk bil hospital sekiranya ada kawan-kawan dia membantu supaya saya tak nak mereka fikir abang saya men1pu.

“Kalau dia rapat dengan abang saya, pasti Benjy pun dah reach out kepada dia untuk minta bantuan. Tak payah tunggu abang saya dah meninggal baharu cakap how I wish Benjy reach to her (untuk minta bantuan), ” katanya lagi.

Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, menghembuskan nafas terakhir akibat peny4kit asma di Hospital Besar Royal Prima di Medan, Indonesia pada kira-kira pukul 11 pagi, Ahad.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Adik kes4l pelakon wanita masuk campur kem4tian Benjy, kalau Azean Irdawaty masih ada, dah lama dia kena tamp4r"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*