Irwansyah Pula Positif COV!D-19, Mungkin Berj4ngkit Dari …

Pelakon dan penyanyi Indonesia, Irwansyah, 36, memaklumkan dirinya disahkan positif Cov1d-19 menerusi perkongsian video di akaun YouTube, The Sungkars Family semalam.

Waktu sama, pelantun lagu Pencinta Wanita itu menyatakan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang simptom kron1k wab4k itu.

“Saya telah disahkan positif, tapi Alhamdulillah masih dapat dikawal,” umum Irwan usai dua kali melakukan ujian pengesanan Cov1d-19.

Suami kepada Zaskia Sungkar itu kini menjalani kuar4ntin di bilik anaknya, Ukkasya Muhammad Syahki yang dilahirkan pada 30 Mac lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Irwansyah (@irwansyah_15)

“Sedih kerana terpisah sementara waktu dengan anak dan isteri. Kami berkomunikasi melalui panggilan video,” luahnya yang masih berada dalam kondisi tanpa bergejala.

Menjalani Perintah Berkurung kendiri selama dua minggu tanpa meninggalkan kediaman, Irwan menjelaskan jangkitan itu disebarkan daripada adiknya.

“Kita sudah dua minggu lebih tak keluar rumah sebab penuhi waktu terluang buat video log (vlog) sampai habis idea,” tambahnya.

Dalam video sama, Zaskia membuat perkongsian disahkan neg4tif Cov1d-19.

“Saya rasa bersyukur kerana tidak dij4ngkiti. Bimbang kalau saya juga positif, siapa yang akan jaga Ukkasya nanti,” tuturnya.

Ayah Irwan, Umar Efendi, meninggal dunia pada 8 Julai lalu 2021 akibat v1rus tersebut.

Sebelum ini, beberapa selebriti dari negara seberang itu juga disahkan positif Cov1d-19 antaranya Bunga Citra Lestari, Ashanty, Rossa dan Afgan.

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "Irwansyah Pula Positif COV!D-19, Mungkin Berj4ngkit Dari …"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*