Bapa Krisdayanti meninggal dunia, tatap wajah terakhir arw4h menerusi panggilan video

PENYANYI terkenal Indonesia, Krisdayanti berkongsi berita sedih pemergi4n bapanya iaitu Trenggono pada petang Khamis.

Menerusi Instagram, Krisdayanti memaklumkan bapanya berusia 79 tahun menghembuskan nafas terakhir di Denpasar, Bali, Indonesia.

Dalam perkongsian itu, isteri kepada usahawan Raul Lemos ini memuat naik foto kenangan bapanya dan paparan skrin ketika dia membuat panggilan video melihat jen4zah buat kali terakhir.

Penyanyi lagu Menghitung Hari ini dilihat menitiskan air mata menatap wajah bapanya.

kris 2
Krisdayanti berkongsi berita duka pemergian bapa di Instagram

“Innalillahwainnailaihirojiun, telah meninggal dengan tenang, bapa kami dalam usia 79 tahun.

“Mohon doakan agar arw4h diampunkan dosanya dan diterima semua amal ibadahnya.

“Maafkan saya kerana tak dapat menemani papa pergi. Al-fatihah,” tulisnya.

Krisdayanti bagaimanapun tidak memaklumkan punca dan sebab kem4tian bapanya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Bapa Krisdayanti meninggal dunia, tatap wajah terakhir arw4h menerusi panggilan video"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*