[Video] Disangka bergurau, rakan warga Pakistan seronok dapat nasi ayam tak henti ucap ‘tq’

Kita diajar untuk sentiasa berbuat baik dengan sesiapa sahaja tanpa mengambil kira latar belakangnya. Sama seperti yang dilakukan oleh individu ini terhadap rakannya yang merupakan lelaki warga Pakistan.

Video seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Nora Azizah yang berkongsi rezeki dengan salah seorang pekerja mengundang juga rasa terharu wargamaya menontonnya.

Melalui video itu bagaimanapun wanita itu berkata pada mulanya lelaki warga Pakistan berkenaan tidak percaya dan menganggap dia bergurau apabila ingin membelikannya nasi ayam.

IMG_20210715_094529

Namun begitu, apabila dia membawakan nasi ayam itu kepadanya terus dia begitu seronok dan dia merakam rakannya itu menikm4ti nasi ayam tersebut.

Walau bagaimanapun, dia juga berkata bahawa lelaki itu tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepadanya.

Tindakan baik individu itu berkongsi rezeki membuatkan wargamaya mendoakan dirinya disamping menghujani komen dengan memberikan pujian buat dia.

Dalam pada masa yang sama, hantaran video yang dimuat naik itu ditinggalkan ribuan tanda suka oleh wargamaya terhadap dirinya.

“Siapa pun dia, bangsa, agama berbeza mereka dan kita sama je. Jadi jangan anggap sesiapa pon h1na”

Nasi

“Haish baik sangat awak ni. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki”

Nasi IMG_20210715_094641

“Murah rezeki awak maybe dia tak pernah rasa nasi ayam tu sedap bagi dia”

IMG_20210715_094658

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[Video] Disangka bergurau, rakan warga Pakistan seronok dapat nasi ayam tak henti ucap ‘tq’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*