“21 Julai Ini Semua Akan Dided4hkan, Saya Dah Cari Tempat Yang Selamat…” – Caprice Diugvt?

Beberapa hari lalu penyanyi rap Caprice menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG) memberitahu, bakal membuat pended4han penting.

Hantaran tersebut telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet terutama pengikutnya di IG.

Tambahan lagi apabila Caprice memberitahu dia sudah mencari tempat yang selamat untuk membuat siaran langsung.

Caprice turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, namun terpaksa melakukannya (pended4han) demi kebaikan dan masa depan semua.

“I found a safe place to do the LIVE.. Check my stories dan caprice nak minta maaf awal-awal dekat Malaysia. But this is for our future and the future of the ummah. Sayang Malaysia,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen pada hantaran yang mendapat tanda suka sebanyak 122 ribu itu, ramai berkongsi rasa teruja, pada masa sama tidak sabar untuk mengetahui apa yang bakal dikongsi Caprice.

Namun ada juga yang meluahkan rasa bimbang dengan tindakan berani Caprice itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Bagaimanapun menerusi ruangan IG Story yang dimuatnaik hari ini, Caprice telah memuat naik beberapa hantaran termasuk yang menggambarkan dirinya seolah-olah diugvt sekiranya pendedahan dilakukan.

“Temb4k dan ugvt all you want bro, 21 Julai ini satu Malaysia dengan orang Gaza sendiri akan bagitahu siapa berak dekat rumah orang dan lupa nak cuci. Siapa yang menghalang dan siapa yang acah pejuang,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Setakat ini, menerusi pemerhatian Gempak, Caprice masih berpegang teguh pada pendirian dan janjinya.

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "“21 Julai Ini Semua Akan Dided4hkan, Saya Dah Cari Tempat Yang Selamat…” – Caprice Diugvt?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*