Issey Gagal Tahan Seb4k, Ucap Selamat Tinggal Kepada Suria FM

Hari ini,pendengar setia trio segmen Team Pagi Suria dikejutkan dengan berita sedih mengenai salah seorang penyampainya, Issey yang mengucapkan selamat tinggal kepada stesen radio tersebut.

Issey Tidak Sambung Kontrak 

Menerusi kenyataan media yang dilanjutkan kepada pihak Murai.my sebentar tadi, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham bin Mat Hussin telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak perkhidmatannya yang bertarikh 31 Julai 2021 bersama stesen radio Suria FM.

Suasana Sedih Jam Terakhir Team Pagi Suria

Difahamkan, hari ini merupakan tarikh akhir Issey ke udara bersama Suria memandangkan dia akan menghabiskan cutinya yang masih berbaki. Menjengah ke hantaran terkini Issey, suasana sedih menyelubungi jam terakhir segmen itu apabila dua lagi rakan penyampainya, Ajak Shiro dan Fizi Ali gagal menahan perasaan sebak apabila kedua-duanya berkongsi kenangan bersama Issey selama tiga tahun bersama. Malah menurut Ajak, ini adalah kali pertama dia menangis di corong radio dan di hadapan Issey kerana menghargai persahabatan dan pengorbanan sahabatnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

Bagi Fizi pula, dia begitu senang bekerjasama dengan selebriti serba boleh itu dan mengh0rm4ti keputusannya untuk berundur. Begitu juga dengan pihak Suria yang turut mengh0rm4ti keputusan Issey yang mempunyai perancangan kerjayanya tersendiri di dalam dunia hiburan serta mengucapkan terima kasih di atas khidmatnya.

Ketika ini, Suria FM turut memaklumkan tiada perancangan mengenai siapa yang bakal menjadi pengganti Issey dan segmen Team Pagi Suria akan kekal ke udara bersama Ajak dan Fizi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : https://murai.my/

Be the first to comment on "Issey Gagal Tahan Seb4k, Ucap Selamat Tinggal Kepada Suria FM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*