Teruja lihat ‘petai comel’ tepi jalan, usahawan wanita ‘lupa bawa cash’ pulang seb4k selepas berbual dengan penjualnya… video vir4l sampai Indonesia!

TAK sangka, keterujaan untuk membeli ‘petai comel’ yang dijual di tepi jalan akhirnya berakhir dengan situasi seb4k!

Ini yang berlaku kepada Wan Nur Siti Aisya, 25, semasa dia turun dari kereta selepas ternampak seorang makcik duduk bersendirian di bawah payung sambil menjual petai di tepi jalan di Bangi, Selangor.

Menerusi video yang dikongsinya melalui TikTok, usahawan yang lebih senang disapa sebagai Sha ini menceritakan situasi menyayat hati yang dihadapinya dalam pertemuan itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya dan suami memang berniat nak bantu peniaga-peniaga kecil dengan membeli makanan yang mereka jual. Saya faham, saat p4ndemik peniaga-peniaga kecil banyak terima tempias,

“Baru-baru ni semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya terlihat sebuah gerai menjual petai. Kasihan saya tengok wanita berusia duduk bersendirian dan hanya gerai dia saja yang ada di situ. Saya pun turun untuk membeli,

“Semasa nak bayar, baru saya perasan saya tiada wang dalam dompet. Bila tanya suami, dia pun tak bawa tunai. Saya pun beritahu makcik tu yang saya akan datang semula selepas ambil duit, tetapi dia tanpa ragu-ragu minta saya ambil dulu petai tu dan beri wang kemudian,” cerita Sha kepada mStar.

Kongsi Sha lagi, dia sempat berbual dengan wanita yang sudah berumur itu semasa sedang memilih petai.

pet 2

Usahawan ini sering berkongsi rezeki dengan membantu peniaga-peniaga kecil.

“Saya tanya dia, berapa untung sehari jual petai dan dia jawab keuntungannya cuma RM30 saja. Saya lihat makcik tu pun macam letih. Tak sanggup biar dia tunggu lama, saya bergegas balik rumah ambil duit untuk bayar petai yang saya dah pilih.

“Semasa saya datang semula dan hulur wang, dia terkejut bila tahu jumlah wang yang saya beri melebihi apa yang patut dia terima. Wanita itu menolak kerana dia beritahu ‘dia hanya orang Indonesia’, Bila dia kata begitu terus saya sebak,” cerita ibu muda kepada seorang cahaya mata ini.

Lebih menyentuh hati Sha apabila makcik itu memberitahu dia sebenarnya sedang mengumpul wang untuk pulang ke Indonesia kerana sudah tiga tahun dia hidup bersendirian di sini.

Banyak kali saya pesan kepada wanita itu tidak kisahlah orang Indonesia mahupun orang Malaysia. Saya tetap menolong atas dasar perikemanusiaan.

WAN NUR SITI AISYA

USAHAWAN

“Saya nampak wanita itu sangat terharu, gembira dan seb4k… mungkin sebab dia belum pernah terima wang sebanyak itu,

“Masa saya nak pulang pun saya lihat dia tak berhenti tersenyum dan melambai kepada saya walaupun saya dah jauh. Saya lihat dia gembira sangat,” ujar Sha.

Menurut Sha, dia tidak menyangka video ini mampu meraih lebih 600,000 tontonan di TikTok dan ia turut tersebar di negara Indonesia.

pet 3

Video TikTok ini juga turut tular di Indonesia.

“Saya tak sangka video ini menjadi perhatian warganet. Tak berniat pun nak buat ia jadi tular,

“Kebetulan, syarikat saya, Shalicious sedang mengadakan kempen sempena ulangtahun syarikat yang keenam. Kempen kami memang untuk berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan. Sebab itu video tersebut dirakam,“ jelas wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini.

Menurut usahawan yang mengusahakan produk kecantikan ini, dia akan terus membantu peniaga-peniaga kecil dengan membeli dan mempromosikan makanan mereka selagi berkemampuan.

“Saya tahu situasi ketika ini sememangnya sukar. Harap semuanya terus kuat dan jangan berputus asa. Selepas hujan pasti akan ada pelangi,

“Dan bagi mereka yang berkemampuan, berbagi dan sebarkanlah kebahagiaan kepada orang lain. Mungkin hari ini hari mereka suatu hari nanti hari kita pula,” kata Sha.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment on "Teruja lihat ‘petai comel’ tepi jalan, usahawan wanita ‘lupa bawa cash’ pulang seb4k selepas berbual dengan penjualnya… video vir4l sampai Indonesia!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*