“Terima Kasih Bantu Mereka, Dia 0KU & Ibu Tunggal” – Total Cash RM1,000, Ramai Puji Usaha Anju Buat Charity

Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah dilihat masih bergiat aktif dalam menyalurkan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik.

Terbaru, Zarina atau lebih mesra disapa Anju tampil memberikan ‘giveaway’ berserta sumbangan, hasil kolaborasi bersama sebuah produk kecantikan.

“Punya giveaway memang seronok sebab ada mini contest tadi. 10 orang siap dapat cash money yg memang founder kasi today buat 10 org yg bertuah.

“Memang diorang balik dengan happy sangat tadi, memang rezeki korang total ada RM1,000 cash money Anju,” katanya menerusi satu posting terbaru di Instagram.

Melihat pada ruangan komen, ada di antara penerima sumbangan berkenaan meluahkan rasa syukur mereka.

Malah, ramai juga memuji kesungguhan Anju dalam membantu golongan susah.

“Kakak yang awak tolong buka kotak tu kakak ipar saya, OKU dan ibu tunggal. Terima kasih sudi bantu mereka semua. Dia happy sangat tadi cerita, moga Allah limpah rezeki, sihat buat Anju dan family”

“Tq Anju sudi bantu semua rakyat jelata”

“Mulianya hati Anju,” tulis beberapa netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "“Terima Kasih Bantu Mereka, Dia 0KU & Ibu Tunggal” – Total Cash RM1,000, Ramai Puji Usaha Anju Buat Charity"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*