“Semuanya Sebab Allah Sayang Kita” – Ramai Seb4k Bila Ustaz Ebit Lew Titipkan Doa Buat…

Biiarpun sedang dilanda pelbagai kontr0versi, penceramah bebas Ustaz Ebit Lew masih sedaya upaya menyalurkan sumbangan serta bantuan kepada masyarakat Malaysia.

Terkini, Ebit Lew membuatkan ramai tersentuh apabila mengirim sebuah video bacaan doa khusus kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Video berkenaan dimuat naik oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu posting di Facebook.

“Berikut adalah kiriman bacaan doa ke hadrat illahi dibacakan oleh Ustaz Ebit Lew buat semua kakitangan KKM dan petugas-petugas barisan hadapan yang berjuang dengan cekal tanpa mengira penat atau lelah untuk menguruskan mereka yang sihat, yang sakit dan yang sudah meninggal

“Mengingati bahawa kita semua insan kerdil ciptaanNya. Kita hanya mampu berikhtiar dan pada masa yang sama tetap lebih tekun mendampingiNya. Yakini bahawa ada hikmah disebalik ketentuanNya. Marilah kita sama-sama mengaminkan doa ini. Insyaallah,” katanya.

Menerusi video berdurasi lebih tiga minit itu, Ebit Lew dilihat mendoakan setiap petugas KKM dan pes4kit Cov1d-19 supaya diberi kekuatan untuk menempuh ujian.

“Kepada semua petugas KKM, semua yang ditimpa Cov1d-19, ujian datang ini sangat berat bukan kecil.

“Semua terjadi ni dia tiada lima jawapan, empat jawapan, semuanya kerana Allah sayang kita.

“Kita tabah dan kuat, saya doakan Allah SWT beri kesihatan buat semua,” katanya.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya dilihat terharu dan bersyukur dengan bacaan doa tersebut.

Terdahulu, isu tercetus melibatkan Caprice dan Ebit selepas penyanyi rap tersebut bertindak meluahkan rasa tidak puas hati berhubung misi bantuan pendakwah berkenaan di Gaza baru-baru ini.

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "“Semuanya Sebab Allah Sayang Kita” – Ramai Seb4k Bila Ustaz Ebit Lew Titipkan Doa Buat…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*