12 ahli keluarga positif C0vid-19, wanita ini akui tak tahan pakai PPE ketika jaga nenek tahap 4… esoknya diri sendiri turut ‘tewas’ – “Dah pasang aircond masih panas”

BERAT ujian yang menimpa seorang wanita apabila 12 ahli keluarganya disahkan positif C0v1d-19, termasuk neneknya berusia 84 tahun.

Menerusi video di aplikasi TikTok, wanita berkenaan menjadi perhatian apabila memakai peralatan perlindungan diri (PPE) bagi menjaga neneknya yang terlant4r di katil rumah.

Wanita itu, Siti Aishah Ibrahim berkata, kesemua 12 ahli keluarganya disahkan positif C0v1d-19 selepas salah seorang daripada mereka dij4ngkiti v1rus itu pada 13 Julai lalu.

Aishah berkata, daripada jumlah itu, adiknya yang berusia 32 tahun sedang h4mil dua bulan dan seorang anak berusia enam tahun merupakan orang kelainan upaya (OKU) sindr0m d0wn.

“Kesemua kami terdiri 16 orang termasuk pakcik dan makcik yang tinggal di enam rumah secara berjiran. Bila seorang positif C0v1d-19, semua kena buat ujian sw4b.

“Keputusan ujian swab pertama saya adalah negatif. Nenek pula malam pada 14 Julai baru dapat keputusannya iaitu positif,” kata wanita berusia 36 tahun itu kepada mStar.

Lebih mesra disapa Aishah, dia yang menetap di Kampung Baru, Kuala Lumpur berkata, dia membeli PPE untuk memudahkan dirinya menguruskan nenek memandangan keputusan ujian sw4bnya ketika itu adalah negatif.

“Nenek dimasukkan ke hospital selepas rebah akibat ser4ngan j4ntung awal bulan ini. Sejak itu nenek tak dapat bergerak sepeti biasa. Selepas discaj, kami sediakan katil yang sama digunakan di hospital untuk kegunaan nenek di rumah.

“Memandangkan saya rapat dengan nenek, jadi saya pakai PPE untuk bantu uruskan nenek bagi makan minum dia, tukar lampin dan bersihkan badan dia,” katanya sambil menambah urusan jagaan nenek turut dibantu ibu saudaranya.

Aishah memakai PPE kerana ketika itu disahkan negatif c0v1d-19.

Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, neneknya merupakan pes4kit C0v1d-19 tahap empat yang memerlukan oksigen.

Aishah mend4kwa, neneknya menjalani kuar4ntin di rumah dengan bantuan oksigen selepas dimaklumkan pihak hospital bahawa wad unit rawatan rapi (ICU) dipenuhi pes4kit C0v1d-19.

“Selain itu, saranan doktor itu dibuat kerana terdapat kemudahan katil hospital dan bantuan oksigen di rumah dan boleh dipantau oleh ahli keluarga yang turut menjalani kuar4ntin di rumah.

“Bagaimanapun, saya hanya bertahan selama tiga hingga empat jam pakai PPE. Walaupun pasang aircond dalam rumah, tapi masih rasa panas dalam PPE.

Saya hanya boleh bertahan selama tiga hingga empat jam pakai PPE. Walaupun pasang aircond dalam rumah, tapi masih rasa panas dalam PPE.

AISHAH

“Memang wow saya respect frontliners. Macam mana mereka boleh pakai PPE sehari suntuk tengah panas. Saya kagum pengorbanan mereka,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Namun kata Aishah, dia hanya dapat menguruskan neneknya selama sehari sebelum mengalami gejala dan tidak sihat pada Sabtu lalu.

Aishah (kanan) menguruskan nenek sambil dibantu ibu saudara.

Susulan itu, dia yang merupakan eksekutif projek di sebuah syarikat di Shah Alam, Selangor melakukan ujian swab kedua pada Ahad dan keputusan didapati positif C0v1d-19.

“Buat masa ini, seramai 13 ahli keluarga termasuk saya yang baru disahkan positif C0v1d-19 dan kesemua kami menjalani kuar4ntin di tiga buah rumah,” katanya.

Aishah berkata, perkongsian videonya itu diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat agar menjaga diri dan keluarga masing-masing.

“Kita tak nampak C0v1d, walau macam mana kita jaga dan patuh SOP (prosedur operasi standard) kita boleh terkena. Kalau keluar rumah tu biarlah ada urusan penting dan pakai double mask.

“Sekarang ni jumlah pes4kit C0v1d-19 masih tinggi dan wad ICU penuh is real. Kalau anda tengok video saya, bayangkan apa akan jadi pada famili sendiri. Jadi, nasihat saya supaya anda semua menjaga diri dan keluarga sepanjang masa,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mstar

Be the first to comment on "12 ahli keluarga positif C0vid-19, wanita ini akui tak tahan pakai PPE ketika jaga nenek tahap 4… esoknya diri sendiri turut ‘tewas’ – “Dah pasang aircond masih panas”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*