“Masih dalam pemantauan…” – Rebecca Ded4h Keadaan Terkini Suaminya Yg Dij4ngkiti C0vid-19

TIADA apa yang lebih menggembirakan bagi pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam apabila suami tercinta pulang kepangkuan keluarga selepas seminggu bert4rung menent4ng C0v1d-19 di hospital.

Lebih bermakna apabila suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman dibenarkan pulang ke rumah pada pagi Hari Raya Aidiladha.

“Alhamdululillah, hari ini suami sudah pulang ke pangkuan keluarga.

“Dia nak bersama kami sekeluarga raya Aidiladha ni,” katanya kepada mStar pada Selasa.

Pada 14 Julai lalu mStar melaporkan tentang situasi kesihatan Nor Azam yang semakin kr1tikal iaitu berada pada tahap empat.

Rebbeca bersyukur suami beransur sihat.

Dia terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami masalah ses4k nafas.

Bercerita lanjut tentang perkembangan kesihatan suami, Rebecca berkata dia bersyukur apabila keadaannya semakin pulih.

“Masih dalam pemantauan dan sangat-sangat fragile.

Dah beransur sihat… cuma cepat penat, tak boleh banyak cakap dan tak diizinkan buat apa-apa dulu.

REBECCA NUR AL-ISLAM

PELAKON

“Dah beransur sihat… cuma cepat penat, tak boleh banyak cakap dan tak diizinkan buat apa-apa dulu. Doktor cakap harus berehat tenang,” katanya lagi.

Sementara itu menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca turut melahirkan rasa terharu dan terima kasih atas doa untuk kesejahteraan keluarganya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ❤️AllahSwt❤️BBA student 👩🏻‍🎓 (@rebeccanuralislamahmad)

“Terima kasih buat semua keluarga, teman-teman, kenalan dan juga semua followers mummy yang tidak putus berdoa untuk suami serta kami sekeluarga.

“Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala doa anda buat kami sekeluarga.

Rebecca bersama suami dan anak-anaknya.

“Terima kasih buat anda yang menghantar segala macam makanan, ub4t, bunga dan hadiah di depan rumah kami,” tulisnya lagi.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Rebecca mengesahkan dia dan tujuh anggota keluarga serta tiga pembantu rumah positif c0v1d-19 pada 8 Julai lalu.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikutnya turut bersyukur dengan keadaan semua yang pulih. Di samping mengucapkan selamat hari raya Aidiladha untuk Rebecca.

KOMEN NETIZEN:

Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 2011 dan mereka dikurniakan lapan cahaya mata termasuk dua orang anak angkat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber: MSTAR

Be the first to comment on "“Masih dalam pemantauan…” – Rebecca Ded4h Keadaan Terkini Suaminya Yg Dij4ngkiti C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*