Di sebalik kek4lutan yang berlaku, sekali YDP Agong keluar ucapan ini kepada Ebit Lew

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah atas pemerg1an bapa kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew pada 13 Julai lalu.

Ebit menerusi hantaran terbaharu di laman Facebook beliau berkata, beliau menerima surat titah takziah bertarikh 15 Julai itu ketika dirinya amat merindui kedua ibu bapanya yang telah tiada di dunia ini.

“Rasa bersyukur sangat. Menjunjung kasih Tuanku. Rasa bersyukur kerana Tuanku selalu memberi semangat dan doa selama ini. Bahagia dapat mesej kata semangat dan doa.

“Daulat Tuanku. Semoga Allah angkat c0v1d-19 dari negara kita dan pulihkan keadaan negara kita insya-Allah,” tulisnya dalam hantaran yang baru dimuat naik sebentar tadi.

Surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim itu menyatakan, Seri Paduka Baginda berdua serta seluruh warga Istana Negara dengan penuh rasa dukacita menghulurkan salam takziah kepada seluruh keluarga Ebit atas kehilangan bapa tercinta, Allahy4rham Ibrahim Lew.

“Bersama-sama kita memohon ke hadrat Allah SWT agar dicucuri rahmat ke atas arw4h dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

“Istana Negara turut berdoa semoga ustaz dan seluruh ahli keluarga tenang dan tabah menghadapi dugaan yang berat ini,” tulisnya dalam surat berkenaan.

Terdahulu TMJ Titip Ucapan Takziah

Kalau sebelum ini pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ada berkongsi berita mengenai tahap kesihatan ayahnya yang kurang memuaskan kerana mengalami k4nser perut stage akhir dan terpaksa dimasukkan di wad untuk pemantauan.

Dan hari ini, Ustaz Ebit dilihat berkongsi berita duka mengenai pemerg1an ayah beliau menerusi muat naik di laman instagram miliknya sebentar tadi.

“Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai ye”

“Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahm4tilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.”

“Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.” Tulisnya.

Malah, berita pemergian ini turut mendapat respon dari Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail yang sempat menitipkan ucapan takziah buat keluarga Ustaz Ebit Lew.

TMJ beri kata semangat buat Ebit Lew

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kata-kata semangat buat pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL).

Tunku Ismail memberi respons berkenaan susulan Ebit mengucapkan terima kasih di atas khabar pemerg1an ayah penceramah itu yang meninggal dunia Selasa lalu.

“Yang penting keikhlasan, niat baik dan usaha. Teruskan membantu rakyat ustaz,” tulis Tunku Ismail menerusi Instagramnya malam semalam.

Terdahulu, Tunku Ismail memuat naik sekeping gambar berserta emoji jam pasir sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya.

Tunku Ismail antara watak penting yang menyokong usaha dakwah Ebit serta membantu rakyat yang ditimpa kesusahan.

Kata-kata semangat yang dizahirkan Tunku Ismail dikatakan mempunyai kaitan dengan kontr0versi yang tercetus selepas penyanyi rap dan usahawan, Caprice mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaan di Gaza, P4l3stin baru-baru ini.

“Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama tetapi diminta bergaya untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam sesi foto.

“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ini. Isu mainan itu kecoh selepas orang Gaza soal Caprice mengenai gambar tersebut,” tulis Caprice sekurang-kurangnya 13 hantaran di InstaStory petang semalam.

Menurut Caprice, beliau sudah menghantar mesej panjang lebar secara peribadi kepada Ebit, namun penyanyi itu mend4kwa dirinya akhirnya telah disekat dari laman Instagram Ebit.

Pended4han tersebut dilihat menimbulkan rasa kurang senang netizen terutamanya penyokong Ebit.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : http://trendingsangat.pw

Be the first to comment on "Di sebalik kek4lutan yang berlaku, sekali YDP Agong keluar ucapan ini kepada Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*