Kucing Buat Hal Atas Meja Kaca Sampai Terj4tuh Dan Berkec4i!

Buat yang memelihara kucing pastinya tahu perasaan sayangnya pada haiwan peliharaan yang satu ini. Manja dan comel sudah tentu membuatkan ramai mudah jatuh hati dengan mereka ini. Malah ada juga yang menganggap kucing sebagai salah satu ahli keluarga mereka.

Apa juga yang diperlukan haiwan ini sanggup ‘berhabis’. Begitulah kalau dah namanya pencinta haiwan. Namun begitu baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan beberapa ekor kucing buat hal atas meja kaca telah mencvri perhatian ramai.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan tiga ekor kucing sedang menghidu makanan yang diletakkan di atas meja makan kaca. Namun disebabkan salah seekor darinya tersilap langkah telah menyebabkan meja kaca tersebut jatuh dan pecah. Berikut adalah rakaman kucing buat hal atas meja kaca yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dengan nama akaun @mochiandkids:

Adoi, dah macam mana boleh terjatuh meja tu? Mujurlah kucing-kucing ini tidak tertimpa meja tersebut. Perkongsian rakaman beberapa ekor kucing buat hal atas meja makan kaca ini telah meraih lebih 87 ribu tontonan dan 1,400 retweets serta 5,000 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Maaf tapi aku terhibur tengoknya”

Kucing ‘Kenduri’ Atas Meja 3

“Tapi kalau diperhatikan memang kerusi sebenarnya yang bersalah”

Kucing ‘Kenduri’ Atas Meja 2

“Istighfar sambil ketawa wkwkwk”

Kucing ‘Kenduri’ Atas Meja 1

 

Sumber@mochiandkids

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : HCl

Be the first to comment on "Kucing Buat Hal Atas Meja Kaca Sampai Terj4tuh Dan Berkec4i!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*