“Syed Saddiq Terh4ru,” Terima Sumb4ngan Lebih Dari RM700k Untuk Bay4r Ik4t J4min

Siapa yang menonton IG live yang dibuat Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam pasti tahu yang beliau memohon pertolongan daripada orang ramai untuk membantunya membayar baki ikat jamin  seperti yang diperintahkan oleh mahkam4h pada pagi Khamis 22 Julai 2021.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Duit sumbangan diterima lebih dari RM700,000

Melalui perkongsiannya yang terbaru di media sosial, bekas Menteri Belia dan Sukan ini meluahkan rasa terharu dan terhutang budi selamanya kepada rakyat Malaysia kerana kurang dari 24 jam, beliau mendapat lebih dari RM700,000 dari 9,836 penyumbang.

Beliau juga telah menutup tabung sumbangan kerana dana yang diperoleh melebihi daripada apa yang sepatutnya.

Ada pakcik hulur RM10

Dalam pada itu, Syed Saddiq sempat berkongsi cerita bahawa semasa dia berada di pejabat, seorang lelaki warga emas telah datang dan menghulurkan RM10 kepadanya untuk menyumbang kepada ikat jamin tersebut. Beliau mengakui sangat terharu dan ingin men4ngis.

Terima kasih Malaysia

Diakhir perkongsian tersebut, Syed Saddiq memaklumkan yang dirinya sangat berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia.

Beliau mengakui terjun ke bidang politik bukan untuk mengejar jawatan atau kuasa, tetapi untuk membina Malaysia yang maju dan bermaruah.

Terdahulu, ahli politik muda itu telah dibicarakan atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu di Mahkam4h Sesyen Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Muar berusia 29 tahun berkenaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada Khamis pagi.

Menurut kertas pertuduhan, Syed Saddiq, sebagai ketua pemuda parti itu diberi kepercayaan dana sayap pemuda parti Armada Malaysia, dan did4kwa pecah amanah yang mana dia dikatakan melakukan pengeluaran wang sebanyak RM1 juta melalui cek tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu.

 

Sumber: Instagram Syed Saddiq, FB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : http://www.rosemerah.dnqj.my/

Be the first to comment on "“Syed Saddiq Terh4ru,” Terima Sumb4ngan Lebih Dari RM700k Untuk Bay4r Ik4t J4min"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*