Tak pernah berenggang, kuar4ntin pun sekali… anak reda ibu men1nggal hanya beberapa jam selepas mereka berpisah, kini bapa pula pos1tif Cov1d-19

TANGGAL 8 Julai pastinya tidak akan dilupakan oleh wanita ini seumur hidupnya.

Pada tarikh inilah, ibu tercinta pergi menghadap ilahi selepas kira-kira seminggu dij4ngkiti Cov1d-19.

Dugaan buat wanita ini tidak terhenti di situ sahaja kerana bapa kesayangan masih lagi dir4wat di sebuah hospital, juga kerana dij4ngkiti v1rus berkenaan.

Mengimbas kembali detik tr4gis yang merentap hampir separuh nyawanya, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Mia Mohamed berkata, segala-galanya bermula selepas dia dan ibunya menjadi kontak rapat kepada adiknya yang positif, did4kwa gara-gara sikap tidak bertanggungjawab rakan sekerja.

“Saya ambil ibu dan ayah dari Johor Bahru untuk tinggal bersama sejak Ramadan lalu kerana mahu menjaga mereka, lebih-lebih lagi kerana mereka sudah berusia dan kebetulan pula ibu ada temu janji untuk peny4kit j4ntung di Institut J4ntung Negara (IJN).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya memang rapat dengan kedua-duanya sebab anak perempuan bongsu. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu, saya tinggal di kampung untuk jaga mereka.

“Sekitar hujung Jun baru-baru ini, adik datang ke rumah untuk ziarah ibu dan ayah. Tak lama selepas itu, dia mendapat s1mptom dan memang benar, dia positif Cov1d-19.

Mia terlalu rapat dengan arw4h ibu dan bapanya, malah membawa mereka tinggal bersamanya di Selangor pada Ramadan lalu.

“Memang berderau bila dapat perkhabaran itu, serta merta terfikir keadaan ibu dan ayah. Kami bertiga terus buat ujian calitan (swab) di klinik swasta di mana saya dan ibu kemudian disahkan positif, ayah pula negatif,” cerita wanita berusia 29 tahun ini.

Cerita Mia, dia dan ibunya yang berusia 68 tahun terus kuarantin diri di rumah sementara menunggu panggilan daripada KKM, manakala bapanya ‘dipisahkan’ buat sementara waktu di rumah abangnya.

“Kami berdua dah ada s1mptom seperti dem4m semasa kuarantin. Keadaan ibu masa tu dah lain sikit. Pada 8 Julai, kami gagahkan diri pergi ke Pusat Penilaian Cov1d-19 (CAC) dan masa itu sebenarnya kami berdua dah agak sak1t tervk.

“Doktor di situ terus bertindak pantas dan kami berdua dihantar ke h0spital. Masa dalam ambulans, ibu dah lemah namun sempat menitipkan beberapa pesan. Itulah momen yang akan saya ingat sampai bila-bila.

Kenangan Mia bersama ibu dan bapanya ketika sambutan Aidilfitri lalu.

“Syukur, di hospital, saya ditempatkan sebelah katil ibu sebab saya sentiasa berdoa, biarlah saya bersama dengan ibu. Allah makbulkan. Namun akhirnya kami ‘terpisah’ jua sebab saya perlu dihantar ke Pusat Kuar4ntin dan Raw4tan Cov1d-19 Beris1ko Rendah (PKRC) di Maeps.

“Saya merayu nak bersama ibu tapi atas nasihat doktor, saya akur walaupun beratnya hati. Malam hari yang sama, baru je saya tiba di Maeps, dapat panggilan mengatakan ibu dah pergi. Betapa luluhnya hati saya,” kata Mia yang merupakan akan keenam daripada tujuh adik beradik.

Menurut Mia, dia hanya mampu menyaksikan urusan pengebumian ibunya menerusi panggilan video sambil ditemani air mata.

“Di Maeps, tiga hari saya ditempatkan di bahagian khas bantuan oksigen dan empat hari di wad pemantauan. Di situ saya bertemu ramai pes4kit tua dan saya selalu bantu mereka kerana nak ub4ti rindu pada arw4h ibu.

Malam hari yang sama, baru je saya tiba di Maeps, dapat panggilan mengatakan ibu dah pergi. Betapa luluhnya hati saya.

MIA MOHAMED

“Memang ramailah jadi ‘mak angkat’ saya di sana dan kami masih berhubung hingga kini,” cerita Mia sambil menambah, dia terus menziarahi pusara ibunya di Tanah Perkubvran Islam Batu 10 Kebun Bharu, Teluk Panglima Garang sebaik sahaja dibenarkan pulang pada 15 Julai.

Dugaan silih berganti apabila bapanya pula kemudian disahkan positif Cov1d-19 dan diambil oleh ambulans untuk ke hospital pada pagi Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini.

“Ayah sed1h sebab dia ingat saya dapat temankan. Saya lagilah hiba, mengenangkan usianya yang sudah 71 tahun… berjalan pun tak kuat. Hari-hari selang beberapa jam, saya akan hubunginya.

“Saya pujuk dan tenangkan hatinya… minta dia kuatkan semangat supaya lekas sihat dan dapat balik.

Arwah ibu Mia dikebumikan di Tanah Perkubur4n Islam Batu 10 Kebun Bharu, tidak jauh dari rumahnya di Jenjarom.

“Dialah satu-satunya yang kami adik beradik ada selepas arw4h ibu dah pergi. Saya ingat pesanan ibu semasa kami berdua dalam ambulans, iaitu jaga ayah kalau apa-apa terjadi kepadanya selepas ini. Itu amanah yang saya pegang kuat,” katanya yang menetap di Jenjarom, Selangor.

Tidak menyangka perkongsiannya tular, Mia berkata dia mahu mengabadikan kenangan bersama kedua ibu bapa selain menyampaikan mesej agar menghargai orang tua masing-masing.

“Saya bersyukur kerana dapat luangkan masa menjaga mereka malah ada di sisi ibu pada hujung-hujung hayatnya. Kalau nak fikir pasal sibuk bekerja, sampai bila-bila pun tak dapat peluang seperti ini. Pilihan di tangan kita sendiri.

“Dan ketahuilah Cov1d-19 itu benar. Jadilah individu bertanggungjawab dan tidak pentingkan diri,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Tak pernah berenggang, kuar4ntin pun sekali… anak reda ibu men1nggal hanya beberapa jam selepas mereka berpisah, kini bapa pula pos1tif Cov1d-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*