“Cantik tak terungkap…”- Dulu sejuk tengok kecantikan Fazura, kini peminat ‘beku’

Kecantikan pelakon terkenal, Nur Fazura ini seringkali menjadi tumpuan apabila dia sering mengenakan penampilan yang bersahaja namun tetap kelihatan menarik.

Malah wajah Fazura antara selebriti wanita yang disukai ramai kerana kelihatan ayu dan manis. Sehingga kini, peminat selalu seronok melihat perkembangannya yang dikongsikan melalui laman Instagram dimana dia telah diikuti 5.6 juta pengguna lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Sekali gus menjadi tumpuan begitu ramai peminatnya dan Fazura sejak akhir-akhir ini mendapat perhatian luar biasa ramai kerana melancarkan koleksi tudung yang menarik dengan harga yang berpatutan.

Lebih mengundang rasa teruja peminatnya lagi, dia nampaknya bakal melancarkan koleksi baru lagi dimana tudung Fazura pada kali ini merupakan koleksi Merdeka pula.

Namun begitu dalam pada berkongsikan hal itu kepada umum, Fazura menjadi bualan ramai lagi berikutan dia menyertakan sekeping foto sedang menjahit lalu mencetuskan ramai tertarik dengan kecantikan isteri kepada pelakon, Fattah Amin ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Sehingga ruangan komen melalui foto Fazura itu, netizen dalam pada masa yang sama meluahkan bahawa jika dahulu sejuk mata memandang melihatnya namun kini ‘beku’ pula kerana bertambah manisnya melihat Fazura bertudung.

“Cantik tak terungkap lagi…”

“Dulu tengok rasa sejuk jer, sekarang tahap beku. Ayu”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : HCL

Be the first to comment on "“Cantik tak terungkap…”- Dulu sejuk tengok kecantikan Fazura, kini peminat ‘beku’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*