Mahiaddin bukan lagi Muhyiddin di Dewan Rakyat

DI sebalik kekecoh4n pada hari pertama Sidang Khas Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini, ada satu perkara lain yang mencvri tumpuan iaitu papan nama beliau.

Papan nama berkenaan memaparkan nama sebenar beliau iaitu Tan Sri Dato’ Mahiaddin bin Mohd. Yasin dan bukannya Muhyiddin bin Mohd. Yassin seperti yang digunakan secara umum.

Nama Mahiaddin merupakan ejaan nama Perdana Menteri yang tertera dalam sijil kel4hiran beliau.

Sebutan Mahiaddin adalah sama seperti Muhyiddin berdasarkan terjemahan ejaan perkataan jawi kepada rumi.

Sebelum ini, satu surat pekeliling dikeluarkan kepada kakitangan Pejabat Perdana Menteri untuk menggunakan nama sebenar Muhyiddin dalam semua dokumen formal atau rasmi.

Surat edaran bertarikh 3 Jun itu mengarahkan supaya surat dan dokumen rasmi yang memerlukan tandatangan Perdana Menteri haruslah menggunakan ejaan rasmi namanya, iaitu dengan ejaan “Mahiaddin Bin Md Yassin” atau “Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin”.

Sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berlangsung selama lima hari bermula hari ini. Ia merupakan kali pertama ahli parlimen kembali bersidang pengisytiharan darurat politk diumum kerajaan 12 Januari lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Mahiaddin bukan lagi Muhyiddin di Dewan Rakyat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*