[VIDEO] “saya telah cuba yang terbaik” – Airmata Farah Ann Gugvr

Linangan air mata ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi ketika ditemu ramah oleh wartawan mengundang seb4k rakyat Malaysia. Rakaman video temu ramah itu kini viral di media sosial dan Farah, 27, dilihat tidak dapat menahan sebak kerana gagal ke pusingan akhir acara individu all around di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Farah Ann yang tampil ceria dengan leotard berwarna jingga di Pusat Gimnastik Ariake mengumpul mata sebanyak 48.565 keseluruhan selepas melengkapkan empat rutin wajib.

Atlet berusia 27 tahun itu bermula agak goyah pada awalnya apabila hanya mengutip 11.600 mata dalam aparatus palang bertingkat dan 11.566 mata dalam palang imbangan.

Farah Ann kemudiannya mempamerkan aksi mengagumkan dalam disiplin senam lantai dengan memperoleh 12.233 mata sebelum melengkapkan a.ksi dengan mata 13.166 dalam disiplin melombol.

Hanya 24 gimnas, dengan maksimum dua wakil dari setiap negara layak ke peringkat akhir acara all-around yang dijadual pada Khamis (29 Julai).

“Saya dah bagi segala-galanya yang saya boleh bagi…”

Meskipun tidak dapat beraksi di pentas final, Farah akui berpuas hati dengan prestasi yang dipersembahkannya. Dia yang ditemu ramah bagaimanapun tidak dapat menahan sebak kerana agak kecewa dengan persembahan pembukaannya.

Melalui video itu Farah berkata dia bersyukur dapat beraksi untuk Sukan Olimpik mewakili Malaysia dan telah pun berikan yang terbaik meskipun ‘landing’ dilakukan kurang memuaskan.

Saya sangat bersyukur saya dapat compete kat sini (Olimpik) hari ini dan saya betul-betul dah bagi segala-galanya yang saya boleh bagi.”

Saya berpuas hati dengan persembahan saya.”

Sedutan video itu diambil daripada laporan Astro Arena yang dimuat naik di Youtube di mana ia telah mendapat perhatian serta menjadi video ke-6 trending di platfrom tersebut.

Saya memang mahu cuba yang terbaik dalam pertandingan. Walaupun terjatuh saya ambil itu sebagai cabaran.”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Lobakmerah

Be the first to comment on "[VIDEO] “saya telah cuba yang terbaik” – Airmata Farah Ann Gugvr"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*