“Bukan Seratus Atau Seribu Tapi 100Ribu..” -TMJ Bakal Agih Ke Seluruh Negeri Johor

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima sebanyak 100,000 kit ujian antigen C0VID-19 yang akan diagihkan ke seluruh negeri berkenaan untuk tujuan saringan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Bukit Pelangi pada Isnin, Tunku Ismail berkata, kit ujian berkenaan dapat digunakan bagi meningkatkan kapasiti saringan bagi pengesanan C0VID-19 yang lebih efektif.

“Kit ujian kendiri ini akan membantu dalam usaha mengawal penul4ran w4bak C0VID-19 dan mengenal pasti tempat-tempat hotspot.

“Kita perlu meningkatkan lagi, ‘Test, Trace and Vaccinate’ jika imuniti kelompok ingin dicapai secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Tunku Ismail mengarahkan agar program vaksinasi di semua daerah di negeri itu diberi keutamaan supaya imuniti kelompok boleh dicapai secepat mungkin.

Tunku Ismail turut menasihati agar proses logistik pengedaran v4ksin ke Pusat Pemberian V4ksin (PPV) dipercepatkan dan supaya bekalan v4ksin di PPV sentiasa mencukupi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : gempak

Be the first to comment on "“Bukan Seratus Atau Seribu Tapi 100Ribu..” -TMJ Bakal Agih Ke Seluruh Negeri Johor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*