[Video] Pengguna LRT Tergamam, Pintu Train Terbuka Luas Masa Beroperasi

Ramai yang lebih selesa menggunakan pengangkutan awam seperti LRT untuk bergerak kerana ianya lebih mudah dan murah dari memandu sendiri. Baru-baru ini pula, kejadian pintu tren yang terbuka semasa beroperasi mengejutkan ramai netizen.

Kejadian itu menjadi bualan hangat di media sosial apabila seorang pengguna LRT itu berkongsikan kejadian yang berlaku. Malah rata-rata netizen turut mengakui ini adalah kali pertama mereka melihat kejadian seperti itu berlaku.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pengguna LRT itu menunjukkan keadaan di dalam tren semasa kejadian itu berlaku. Turut dapat dilihat, pintu tren yang terbuka luas dan dalam masa yang sama tren tersebut sedang berjalan di landasannya.

Pengguna LRT itu turut memberikan reaksi wajah yang terkejut sambil berkongsikan keadaan di dalam tren itu. Namun mujur juga keadaan di dalam tren tidak padat dengan penumpang malah boleh dikatakan kosong memandangkan ia bukan waktu puncak.

tren

 

Kedua-dua pengguna LRT itu juga kekal berada di tempat duduk masing-masing dan tidak bergerak bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terkejut dengan kejadian yang berlaku ini. Namun ada juga yang berseloroh perasaan mendebarkan itu tentunya sama seperti keterujaan menaiki roller coaster di taman tema hiburan.

“Lama tak naik lrt, dah takde pintu rupanya sekarang.”

pengguna lrt

“Fefeeling theme park!”

pintu

“Nak jimat gas aircond kot.”

komen

“Tak nak c0v1d spread dalam tren.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[Video] Pengguna LRT Tergamam, Pintu Train Terbuka Luas Masa Beroperasi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*