Panggilan Dari Ahli Keluarga Terdekat Sebentar Tadi Betul-Betul Membuatkan Jiwa Saya Res4h.

Al-Kisah Rahsia Rio

Saya menamatkan panggilan telefon. Isi perbualan sebentar tadi masih ternglang-nglang dalam kepala. Membuatkan saya terapung-apung di awangan. Saya mengambil basikal road dan menuju ke dewan makan di perkampungan sukan. Saya tidak tahu apa yang saya suap ke mulut tetapi hanya dikunyah dan termenung. Panggilan dari ahli keluarga terdekat sebentar tadi betul-betul membuatkan jiwa saya res4h.

Ogos 2016 saya berada di Rio, Brazil. Mengh4dapi sebuah temasya sukan terbesar di dunia yang hanya di adakan sekali setiap empat tahun. Tempat dimana semua atlet-atlet hebat dari seluruh pelusuk dunia tidak kira apa jua sukan berkumpul untuk bersaing sesama sendiri dan menunjukkan kebolehan masing-masing. Dibahu saya ketika diletakkan sebuah harapan tinggi, setinggi gunung yang mencecah langit. Saya antara pr0spek untuk membawa balik pulang pingat emas untuk negara. Untuk rekod, Malaysia belum pernah memenangi pingat emas di temasya sukan terbesar itu.

“Maryam dan Khadeeja masuk h0spital. Tervk. Dah seminggu diorang di hospital” maklumat yang saya dapat dari panggilan tersebut. Patutlah sudah seminggu isteri saya mendiamkan diri, katanya ingin saya fokus kepada perlumbaan. Maka semua persoalan sudah terjawab. Saya muhasabah diri.

Walaupun p4hit, perlu ditelan jua. Setiap dari kita pasti diuji dengan pelbagai ujian dalam kehidupan dan saya sendiri tidak lari daripada mendapat ujian demi ujian dari Allah swt, terutama apabila berada di situasi genting. Bukan mudah, tetapi begitulah kehidupan. Semakin kita dewasa, semakin mencabar tahap ujlan itu. Itulah yang mematangkan kita, yang menjadikan kita ‘bulletpr00f’ orang kata. Sebab itu adalah lebih afdhal bila kita berdoa kepada Allah swt, jangan kita mintak diringankan ujian, tetapi mintak supaya kita dikuatkan. Di Rio, saya tidak meletakkan pilihan kepada diri untuk mengalah, apalagi untuk berasa lemah. Alang-alang mencelup pekasam biar sampai ke panggal lengan. Demi negara.

Apabila temasya berakhir, saya berjaya mengalung sebuah pingat didada. Walaupun kilauannya bukan emas tetapi saya tetap berbangga. Ianya adalah sejarah besar buat diri saya, buat sukan saya dan buat negara saya. Apa yang berlaku kepada anak-anak di Malaysia masih satu rahsia yang dipendam. Saya mohon kepada kontinjen untuk pulang dengan kadar segera. Tak sabar nak balik untuk tengok keadaan anak-anak macam manalah agaknya. Sampai di lapangan terbang, saya di sambut dengan ‘water salute’. Biasanya ‘water salute’ ni dibuat untuk penerbangan pertama atau terakhir sesebuah kapal terbang itu, juga untuk beberapa peristiwa khas dan kejayaan saya itu di anggap sebagai salah satu daripanya.

Keluar je dari mulut kapal terbang, penuh umat manusia sudah tunggu menjemput. Saya lontarkan sebuah senyuman penghargaan kepada semua walaupun fikiran berkec4muk. Dari dalam sampai lah keluar, disepanjang tempat saya berjalan dipenuhi pelbagai orang yang memberikan lambaian dan penghormatan. Sesampainya di balai ketibaan, kelihatan sangat padat dengan pelbagai orang serta penuh corong-corong kamera yang memberikan tumpuan kepada saya. Saya berhenti sesaat di pintu ketibaan dan anak mata mencari ahli keluarga, terutama isteri tersayang.

Saya nampak mereka berada di satu sudut lalu saya mempercepatkan langkah menuju ke arah mereka. Terus saya memelvk isteri yang ketika itu bercucuran air matanya. Kesemua ahli keluarga saya juga bercucuran hujan basah di mata mereka. Seb4k di dada hanya Allah yang tahu. Kejayaan, pingat, tumpuan, semuanya sudah tiada makna waktu tu. Apa yang saya mahu hanyalah hendak menuju ke hospital dengan kadar segera untuk berjumpa dengan anak-anak disana.

Maka bergegaslah saya dari lapangan terbang itu menuju ke tempat yang jiwa saya meronta-ronta hendak kesana semenjak dari Rio lagi. Perginya saya ke hospital itu bukanlah sebagai seorang wira negara, bukan jaguh, bukan pemenang pingat di temasya sukan, bukan juga individu yang di puji-puji dan diangkat-angkat oleh semua pihak.

Tetapi menujunya saya ke hospital pada hari itu hanyalah sebagai seorang Ayah.

[TAMAT]

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

sumber:  Azizulhasni Awang

Be the first to comment on "Panggilan Dari Ahli Keluarga Terdekat Sebentar Tadi Betul-Betul Membuatkan Jiwa Saya Res4h."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*