Darur4t: “Amat dukacita”… Agong ulang 2 kali sebelum tegur Takiyuddin dan kerajaan

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada 26 Julai baru-baru ini, bahawa kerajaan telah membatalkan Ordinan Darur4t yang dimasyhurkan oleh baginda, sedangkan pembatalan belum lagi diperkenankan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah menegaskan, dalam pemerintahan Raja Berperlembagaan dan sistem Demokrasi Berparlimen bertunjangkan prinsip keluruhan perlembagaan, semua pihak perlu mematuhi kedaulatan undang-undang.

Menurut Perkara 150(28) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubahan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada baginda.

“Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui terdahulu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.

“Baginda menegaskan bahawa kenyataan menteri di Parlimen pada 26 Julai adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darur4at berkuat kuasa pada 21 Julai 2021 dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen.

agong amat dukacita

Sebahagian kenyataan mengenai Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita. sumber facebook Istana Negara

Selain itu, Al-Sultan Abdullah bertitah kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghorm4ti prinsip kedaulatan undang-undang dalam Rukun Negara, malah membelakangi fungsi dan kuasa baginda selalu Ketua Utama Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Baginda sedia maklum akan perlunya baginda bertindak mengikut nasihat jemaah menteri seperti terkandung dalam Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Namun, baginda menzahirkan pandangan bahawa selaku Ketua Utama Negara, mempunyai kewajipan untuk menyampaikan nasihat dan teguran jika berlaku sebarang tindakan yang tidak berpelembagaan oleh mana-mana pihak, khususnya mereka yang melaksanakan fungsi dan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Baginda menegaskan bahawa ahli-ahli Parlimen supaya memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara pada ses sidang Parlimen yang kini berlangsung untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi rakyat dan negara ketika krisis pand3mik c0v1d-19,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darur4t yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

Takiyuddin berkata, kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Darur4t: “Amat dukacita”… Agong ulang 2 kali sebelum tegur Takiyuddin dan kerajaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*