[Video] Wanita Menang1s Ditanya Netizen ‘Tak Teringin Ke Nak An4k’ Ketika Sesi Live IG

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menantikan kehadiran cahaya mata sebagai ‘penyeri’ dalam sebuah keluarga. Namun, tidak semua pasangan diberikan rezeki untuk mempunyai cahaya mata dalam masa terdekat dan ada yang masih berusaha untuk mendapatkannya.

‘Perempuan mana yang tak nak pregn4nt?’

Menerusi video yang dimuat naik oleh Atierah Zulfatie di akaun TikTok, wanita ini menceritakan bahawa dia mendapat satu soalan yang agak sensit1f mengenai cahaya mata ketika dia membuat sesi Live di Instagram. Dia yang turut dikenali sebagai Bebytoratora sering memuatnaik video review makanan.

Tak teringin ke nak anak?

Walau bagaimanapun, Atierah kelihatan seperti sudah tidak dapat menahan kesedihannya lalu menangis semasa menjawab soalan berkenaan.

Ni lagi satu tanya soalan b*d*h ni aku geram. Perempuan mana je tak nak pregnant. Aku perlu berusaha lagi. Kalau korang tak suka, korang boleh unfollow daripada kata benda yang meny4kitkan.

Kehidupan aku yang sekarang ni memang aku bersyukur sebab apa? Sebab Tvhan bagi aku macam-macam nikmat. Kalau Allah tak bagi aku rezeki zur1at tak apa. Tak apa aku reda.

Ujarnya lagi, ada yang mempertikai fizikalnya yang dikatakan menjadi punca masih belum mempunyai anak. Wanita berkenaan turut mengakui bahawa dia tidak mampu untuk puaskan hati orang lain dan hanya mampu untuk menjadi diri sendiri dan mencari rezeki yang halal untuk menolong keluarga serta adik beradiknya.

Video berdurasi 52 saat itu meraih lebih 380 ribu tontonan dan mendapat lebih 29 ribu tanda suka.

‘Maaf’

‘Sabar ya. Ada rezeki awak suatu hari nanti’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi semangat kepada wanita berkenaan dan menyuruhnya untuk mengaba1kan soalan seperti itu. Malah ada juga di antara mereka yang turut menceritakan pengalaman mereka berusaha untuk mendapatkan zur1at.

 

Sumber : bebytora

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment on "[Video] Wanita Menang1s Ditanya Netizen ‘Tak Teringin Ke Nak An4k’ Ketika Sesi Live IG"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*