Bergelar penyampai Kool FM, Hawa Rizwana tak mahu saji hiburan kosong kepada pendengar

MENGAKUI sedikit berdebar namun pengacara dan personaliti TV3, Hawa Rizwana tetap teruja untuk memulakan tugasan baharunya sebagai penyampai radio untuk segmen pagi Kool FM bermula Isnin ini.

Menurut Hawa atau nama sebenarnya, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 26, dia mempunyai misi untuk menyampaikan sesuatu perkara bermanfaat buat pendengar stesen radio tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana)

“Macam mimpi sebenarnya bila diberikan tawaran untuk bergelar penyampai radio Kool FM. Saya berdebar untuk memulakan siaran Isnin ini tapi apa-apa pun saya cukup teruja untuk mencuba bidang baharu.

“Sebelum ini saya pernah diundang selama tiga hari untuk jadi deejay jemputan di Kool FM beberapa bulan lalu dan dari situ memang banyak saya belajar daripada kak Haiza, abang AG dan Muaz.

hawa1

Hawa akan digandingkan dengan Ally Iskandar menerusi segmen pagi Kool FM.

“Bagi saya kerjaya sebagai seorang deejay ini memang seronok tapi bila dah masuk bidang ini baharu kita tahu kerjanya sangat mencabar sebab di radio orang tak nampak kita… jadi kita kena pandai cari benda yang menarik untuk dikongsikan dengan pendengar,” katanya ketika dihubungi mStar.

Hawa bakal digandingkan dengan pengacara dan personaliti tv popular, Ally Iskandar untuk segmen pagi Kool FM bermula Isnin ini.

Saya berdebar untuk memulakan siaran Isnin ini tapi apa-apa pun saya cukup teruja untuk mencuba bidang baharu.

HAWA RIZWANA

PENYAMPAI RADIO KOOL FM

Mereka merupakan antara pasangan penyampai baharu yang diperkenalkan pengurusan radio Media Prima Berhad, Ripple.

Enggan memberikan hiburan kosong semata-mata, Hawa berkata dia berharap dapat memberikan informasi berguna agar ia dapat dimanfaatkan oleh pendengar setia stesen radio tersebut.

hawa3

Hawa turut berpengalaman menjadi hos program TV.

“Saya dan abang Ally memang suka membaca dan kami harap dapat sama-sama boleh share apa-apa informasi yang boleh berkaitan dengan audience kami.

“Apa-apa berita atau topik yang bakal diulas itu diharap boleh dijadikan sebagai refleksi diri agar hiburan yang diberikan itu tidak kosong semata-mata,” ujarnya.

Selain bergelar penyampai radio, Hawa juga masih lagi berkhidmat sebagai pembaca berita Buletin Utama, hos program Wanita Hari Ini serta rancangan info-medik, Hello Doktor.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Bergelar penyampai Kool FM, Hawa Rizwana tak mahu saji hiburan kosong kepada pendengar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*