Lima Sekawan Law4n Nana, Ditudvh ‘Play Victim’

Kuala Lumpur: Isteri penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim meluahkan perasaannya berdepan kec4man dan c4ci m4ki pelbagai pihak akib4t dakwa4n mengeluarkan kenyataan berunsur fitn4h terhadap penyanyi Siti Nordiana.

Menerusi Instagram Story, Sheila mengakui sudah menjangkakan luahan mereka dimanipulasi dan tind4kan berbuat demikian kerana provokasi yang dimulakan.

“Saya manusia biasa dan punya perasaan bila asyik diasak soalan-soalan provokasi yang saya kadang-kadang tak mampu nak kawal.

“Setahun lebih kami mencari dan minta penjelasan kenapa kami diperlakukan begini. Senyap…sunyi…sepi,” katanya.

Sheila turut menulis mengenai beberapa perkara yang dipercayai rentetan yang membawa kepada isu yang berlaku.

“Panggilan dan mesej menerusi aplikasi WhatsApp dan Direct Mesej (DM) juga disekat. ‘Ekstra effort’ apa lagi yang perlu kami lakukan?

“Rumah? Ada sekuriti…dan bukan boleh suka-suka keluar ke mana-mana. Kami cuma mahukan penjelasan mengapa? Kalau tak buat, kenapa tak jelaskan? Malah terus menghilangkan diri,” katanya.

Menurut Sheila, dia juga terserempak pengurus Siti Nordiana atau mesra disapa Nana ketika di bank, namun individu berkenaan terus bertindak menghilangkan diri lagi.

“Kami cuma mahukan penjelasan. Saya sedia beri kerjasama jika apa yang saya mulakan akan berakhir dengan kec4man.

“Tapi tak adil untuk kami. Mungkin perbuatan kami dianggap terang-terangan…bagaimana pula perbuatan di belakang-belakang?,” katanya.

Sheila mended4hkan pihak Nana hanya menyatakan meminta permohonan maaf terbuka dalam tempoh masa 24 jam kepada media, tapi tidak menjelaskan ia berserta jumlah wang RM200,000 yang perlu dibayar mereka.

“Kami sedia beri kerjasama. Kalaulah nilai RM1 juta itu adalah bayaran sebuah persahabatan,” katanya.

Sheila turut mempersoalkan sikap Nana yang menutup semua ruang perbincangan dan sebaliknya, menggunakan orang tengah dalam hal terbabit.

Isu tercetus apabila nama Nana disebut dalam sesi bicara langsung di Instagram penyanyi Lan Solo, Sheila, Syura, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.

Nana kemudian melantik firma guaman dari Tetuan Abang Azlan & Associates yang diwakili peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin dan meneruskan tindakan saman terhadap kelima-lima individu itu selepas tiada permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut.

Tuntutan saman akan difailkan kepada mereka selewat-lewatnya 2 Ogos ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber:hmetro via sheilarazlan

Be the first to comment on "Lima Sekawan Law4n Nana, Ditudvh ‘Play Victim’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*