“Aku str3ss orang cakap aku kutvk kau” – Zulin Aziz terpaksa ‘DM’ Siti Nordiana, jelaskan isu tuduh4n persoal tuntutan RM200,000

GARA-GARA menulis satu komen ringkas tentang isu tuntutan RM200,000 oleh penyanyi Siti Nordiana terhadap rakan-rakannya, pelakon Zulin Aziz tervk dikec4m netizen.

Rata-rata melahirkan rasa kurang senang kerana beranggapan Zulin, 32, cuba masuk campur dalam konflik yang berlaku antara Siti Nordiana, Lan Solo, Syura Badron dan tiga yang lain.

Bagaimanapun menurut Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, dia tidak berniat untuk menghentam mana-mana pihak.

“Ayat saya tu bukan nak menghentam sesiapa cuma nak mereka berbaik sebab saman-menyaman antara kita ini tak selesaikan masalah.

Zulin 1

Zulin memuat naik paparan skrin mesej perbualannya dengan Siti Nordiana.

“Industri kita kecil. Semoga berbaik. Yang lain saya tak mahu komen apa-apa. Penat dah orang manipulasi ayat kita,” kata Zulin ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Sebelum ini, Zulin meninggalkan komen di artikel bertajuk ‘Bukan saja maaf terbuka, Siti Nordiana tuntut Lan Solo dan Syura Badron bayar RM200,000 setiap seorang’ di Instagram rasmi mStar.

Menerusi komen tersebut, Zulin didakwa seakan-akan mempersoalkan nilai RM200,000 yang dituntut Siti Nordiana atau mesra disapa Nana.

 

Aku tak menyebelahi mana-mana tapi aku sokong mereka berbaik.

ZULIN AZIZ

PELAKON

“Hmmmm… nak buat apa 200k tu… dapat ke ub4t hati yang terlvka,” tulis Zulin yang kemudiannya mengambil keputusan memadam komen tersebut.

Terkini menerusi kenyataan di Instagram, Zulin mend4kwa tulisannya itu dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Aku tak pernah d3ngki dengan Siti Nordiana. Aku sokong saja apa dia buat selama ini ha. Pendapat kecil aku kalau tak boleh pakai, abaik4n. Teruskan apa yang terbaik untuk masing-masing.

“Masing-masing ada sebab masing-masing. Aku tak menyebelahi mana-mana tapi aku sokong mereka berbaik. Aku doakan. Cukuplah manipulasi ayat aku dengan otak negatif.

Zulin 2

Siti Nordiana turut tuntut RM200,000 setiap seorang termasuk Lan dan Syura.

“Aku tak faham apa yang korang faham dengan ayat aku itu. Doakan mereka lebih baik. Akhir sekali, aku nak fokus dengan kehidupan aku. Suka hati korang la nak fikir negatif. Move on,” tulisnya di Instastory.

Dalam pada itu, pelakon drama Penjara Janji ini turut memuat naik paparan skrin perjelasannya kepada Siti Nordiana berhubung isu berkenaan.

“Aku tertek4n orang cakap aku kutvk kau. Aku tulis RM200,000 itu bukan boleh sembuhkan hati terluk4. Tapi orang cakap aku kvtuk kau… cakap aku d3ngki subhanallah.

“Tak apa la, Allah tahu niat aku. Aku cakap sebaliknya… aku minta maaf kalau ada apa-apa ke yang terasa. Aku bukan team mana-mana. Sama juga aku cakap kat Syura. Aku tak sokong dia buat Live itu,” kata Zulin.

Siti Nordiana turut membalas mesej tersebut dengan mengatakan dia memahami apa yang cuba Zulin sampaikan dan bersyukur aktres itu menjelaskan sendiri perkara itu kepadanya.

Menerusi laporan mStar pada 30 Julai lalu, lima individu termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron turut dituntut membayar RM200,000 setiap seorang kepada Siti Nordiana selain membuat permohonan maaf.

Tiga individu lain yang turut did4kwa melemparkan kenyataan berbaur fitn4h terhadap Siti Nordiana ialah isteri kepada Lan, Sheila Hassim; Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek; Aida G.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Aku str3ss orang cakap aku kutvk kau” – Zulin Aziz terpaksa ‘DM’ Siti Nordiana, jelaskan isu tuduh4n persoal tuntutan RM200,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*