Peminat Tanya Mengenai Perancangan Untuk Menambah Cahaya Mata Kedua. Ini reaksi Fazura

Bergelar selebriti bukan mudah apatah lagi segala tindak tanduk pasti akan menjadi perhatian ramai. Termasuklah pelakon Nur Fazura yang pernah berdepan detik sukar dan ujian dalam hidup.

Menjawab soalan daripada pengikut di Insta Story, baru-baru ini Fazura berkongsikan tiga amalan yang dilakukan untuk kekal tenang.

“Saya selalu akan banyakkan bertaubat, sedekah dan doa, Insha-Allah. Banyakkan juga melakukan perkara yang mulia secara diam-diam,” tulisnya.

Foto ig:missfazura

Kata Fazura lagi, dalam usaha memastikan dirinya menjadi Muslim terbaik, dia perlu istiqamah dan sentiasa berusaha memperbaiki ibadah.

“Istiqamah dan sentiasa memperbaiki ibadah kita setiap hari. Perbuatan kecil tapi perlu berterusan,” katanya.

Difahamkan, itu merupakan pertama kali Fazura membuka sesi ruangan soal jawab kepada peminatnya.

Dalam pada itu, Fazura turut menjawab pertanyaan daripada peminat mengenai perancangan untuk menambah cahaya mata kedua pula.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“MasyaAllah Tabarakallah. Insya-Allah mungkin tak lama lagi?,” jawabnya.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata pertama, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber:rotikaya via missfazura

Be the first to comment on "Peminat Tanya Mengenai Perancangan Untuk Menambah Cahaya Mata Kedua. Ini reaksi Fazura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*