Muhyiddin d4kwa kekal sebagai PM dgn 115 sokongan, sekali pembangkang cakap mustahil

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, masih kekal sebagai Perdana Menteri dengan sokongan seramai 115 orang Ahli Parlimen.

Menurut laporan Suara.TV yang memetik sumber daripada Pejabat Perdana Menteri, kesemua akuan berkanun 115 ahli Parlimen itu merupakan dokumen sah perundangan yang perlu dibatalkan secara individu, bukannya melalui keputusan parti.

“Kenyataan Presiden UMNO adalah keputusan parti yang kita horm4ti. Namun, kedudukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah berdasarkan sokongan ahli Parlimen bukan perakuan sokongan parti.

“Sehingga jam 7 petang tadi, tiada sesiapa ahli Parlimen yang telah menandatangan akuan berkanun memberi notis untuk menarik semula sokongan kepada Perdana Menteri,” katanya pada Selasa.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut menyatakan kenyataan media Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Annuar Nasarah hanyalah mengenai peletakan jawatan sebagai menteri dan bukannya menarik sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Pada petang tadi, UMNO mengambil pendirian untuk tidak mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali gus menyaksikan keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Surat akuan bersumpah ahli Parlimen UMNO yang mencukupi bagi menzahirkan penarikan sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan telah persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

UMNO juga memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Al-Sultan Abdullah dan tidak akan mempertahankan kerajaan pimpinan Muhyiddin yang ternyata gagal pada mata rakyat.

“Mustahil Muhyiddin masih ada majoriti” – Blok Pembangkang

KUALA LUMPUR: Beberapa parti pembangkang mempersoal kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa masih mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Menerusi satu kenyataan bersama, mereka kekal dengan pendirian menolak kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Adalah mustahil Muhyiddin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah Ahli Parlimen kerajaan semalam.

“Kami juga kekal dengan pendirian bahawa Muhyiddin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan,” memetik kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh tiga pemimpin utama Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Mohamad Sabu (Amanah) dan Lim Guan Eng (DAP).

Turut bersama mengeluarkan kenyataan itu adalah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO), Baru Bian (PSB), Datuk Masir Kujat (PSB) dan Maszlee Malik (Bebas).

PM masih ada majoriti, usul percaya dibentangkan di Parlimen September ini

Muhyiddin dalam Perutusan Khas pada Rabu berkata, beliau masih mempunyai sokongan majoriti dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak berbangkit.

Katanya, beliau telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu, bahawa sejumlah Surat Akuan daripada ahli-ahli

Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.

Jelas Perdana Menteri lagi, Agong telah berkenan untuk beliau menentukan keabsahannya di Parlimen melalui undi percaya pada September ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : http://trendingsangat.pw

Be the first to comment on "Muhyiddin d4kwa kekal sebagai PM dgn 115 sokongan, sekali pembangkang cakap mustahil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*