Suara Siti Buat Izara Men4ngis?

KUALA LUMPUR: Pelakon, Izara Aishah, 29, mempunyai banyak pencapaian yang diimpikan belum berjaya diraihnya.

Menjadikan ibu tiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai ikon, Izara mahu meraih banyak pencapaian dalam bidang seni seperti penyanyi tersohor itu.

“Jika bertanya mengenai pencapaian, masih belum banyak yang berjaya saya capai.

“Saya baru dapat dua anugerah, saya mahu jadi seperti Mak Iti (Siti), terlalu banyak anugerah dapat genggamannya.

“Kejayaan Mak Iti menjadi inspirasi. Saya juga mahukan penghormatan dalam bidang lakonan. Sekurang-kurangnya ada pencapaian besar yang dibanggakan, insya-Allah,” katanya kepada BH Online.

Izara menjawab soalan pencapaian diri apabila ditanya seorang peminat menerusi sidang media eksklusif BeauRaya secara virtual, baru-baru ini.

Selain Izara, sidang media secara virtual itu turut disertai Siti Nurhaliza, Nabila Razali dan Hawa Rizwana.

Mengimbas semula kenangan silam, Izara atau nama sebenarnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin berkata, dia bersyukur memperoleh rezeki menerusi bidang lakonan yang boleh dikongsikan bersama ibunya.

“Perkara paling saya bangga apabila dapat gaji pertama dan membeli mama apa yang diingini.

Saya juga mampu menghulurkan duit belanja, setiap bulan. Itulah kepuasan sebenar apabila menceburi bidang seni,” katanya.

Sementara itu, Izara berkata, tidak banyak yang boleh dilakukan menerusi kerjaya lakonan memandangkan penggambaran masih belum dibenarkan ketika pand3mik cov1d-19.

Justeru, katanya, dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan tidak lupa, masa menghargai dirinya sendiri.

“Selalunya untuk membuatkan diri rasa lebih baik, saya kena keluar rumah. Saya buat aktiviti boleh mengeluarkan peluh, namun situasi tidak mengizinkan buat masa sekarang.

“Disebabkan terpaksa duduk rumah, jadi saya paksa diri duduk di hadapan cermin. Jujurnya ‘self love’ sangat penting.

“Jika tidak menjaga diri sendiri, ia akan menyebabkan kita melalui tekanan dan kesedihan. Jadi, saya rasa ‘self love’ penting untuk menjaga diri sendiri.

“Jangan sesekali menjaga diri untuk orang lain, tetapi ia untuk kepuasan diri sendiri,” katanya.

Pelakon drama Jodoh Jodoh Annisa dan Ombak Rindu The Series itu mengakui, memang banyak masanya untuk keluarga, namun tidak lupa untuk mencantikkan diri.

“Itu yang buat saya puas dengan diri sendiri, barulah suami puji dan rasa ‘self love.’.

Saya melihat benda yang boleh membuatkan saya gembira, seperti rekaan dalaman dan komedi. Itu yang membuatkan saya jadi lebih baik,” katanya berkongsi tips untuk kekal positif.

Dalam pada itu, Izara turut memberi tips apabila diajukan persoalan persediaan dilakukan sebelum menjayakan sesebuah naskhah drama mahupun filem.

Izara berkata, dia belajar menghayati dan mendalami watak.

“Sebelum memulakan penggambaran, ikutilah kelas lakonan supaya boleh faham karakter yang diterima.

Kena belajar sampai watak menyusup dalam diri, bukan sekadar melontarkan dialog.

“Saya pernah minta tolong Mak Iti buat saya menangis apabila memintanya menyanyikan lagu Seroja. Ia dilakukan demi menyerapkan karakter dalam diri.

“Saya memerlukan suara seorang ibu menyanyikan untuk saya, jadi itu adalah satu cara menyerap watak masuk dalam diri saya,” kata ibu kepada Irisa Alaia ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : Sumber: BH via dnq.pw

Be the first to comment on "Suara Siti Buat Izara Men4ngis?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*