Baru malam tadi Ismail Sabri pergi jumpa, Najib bagitahu sanggup sokong kerajaan PN tapi perlu jawab soalan ini

Saya sanggup sokong kerajaan PN sekiranya ada sesiapa boleh jelaskan kenapa kerajaan PN mengambil langkah-langkah berikut dan kenapa ianya bukan kesilapan amat besar yang terlalu jelas.

1. Bermula dengan bulan Jun 2020. Langkah tidak lagi memerlukan pelawat asing kuarantin di pusat kerajaan tetapi kuar4ntin kendiri di rumah. Lepas itu, kerajaan U-turn satu bulan kemudian tetapi terlambat sebab varian baharu berjaya masuk dan mencetuskan kluster Sivagangga pada bulan Julai dan c0v1d mengganas di negeri-negeri utara.

Inilah sebenarnya punca gelombang ini – bukan sekadar PRN Sabah yang berlangsung dua bulan kemudian.

2. Pada bulan Oktober 2020, langkah kerajaan hanya perlukan kurantin kendiri selama 3 hari sahaja bagi mereka yang pulang dari PRN Sabah. Lalu u-turn seminggu kemudian tetapi sudah terlambat.

3. Langkah kerajaan membenarkan rentas negeri dan pelancongan pada bulan Disember 2020 ketika kes baharu sebanyak 1,600 kes biarpun kerajaan sudah meminta darurat untuk kali pertama sebulan dahulu ketika kes cuma sekitar 500.

Akibat keputusan ini, kes naik ke 2,232 sebulan kemudian. Ini membuka jalan untuk kerajaan meminta darurat sekali lagi pada bulan Januari.

4. Langkah kerajaan tiba-tiba mengurangkan tempoh kuar4ntin bagi pelawat asing daripada 14 hari ke 7 hingga 10 hari pada bulan Disember lalu pada ketika seluruh dunia sedang ketatkan lagi proses kuar4ntin mereke sebab varian baharu sedang mengg4nas.

Paling malangnya ialah langkah ini hanya U-turn 5 bulan kemudian pada bulan April 2020.

Masa itu sudah terlambat sebab varian-varian UK, Afika Selatan dan India ataupun dikenali sebagai varian Delta sekarang sudah masuk ke negara.

5. Langkah kerajaan membuat PKP separuh masak pada PKP 2.0 di mana kilang dan tapak pembinaan merupakan penyumbang terbesar c0v1d ketika itu. Tapi semua sektor lain disekat kecuali sektor kilang dan tapak pembinaan.

Ini seumpama tangan kanan pat4h tetapi dibalutnya seluruh badan kecuali tangan kanan.

Dan diulangi lagi kesilapan ini bagi PKP 3.0, total lockdown, PKPD dan PPN. Diumum Total tapi dibenarkan 129,000 syarikat dan 1,100 tapak pembinaan seluruh negara terus beroperasi.

6. Pada bulan Februari 2021, Kerajaan umum sekolah dibuka semula pada bulan Mac ketika kes baharu lebih tinggi berbanding masa darurat bermula.

Biarpun kluster-kluster pendidikan semakin banyak setiap hari dan lebih 80,000 murid sudah dijangkit pada bulan April, kerajaan masih teruskan sekolah bersemuka termasuk di kawasan yang sudah dilaksanakan PKP.

Malah ibubapa disuruh jangan risau kononnya kerajaan ada caranya untuk mengawal kluster pendidikan.

Akibat ini, murid sekolah yang tidak bergejala dan sukar dikesan positif c0v1d membawa balik virus ke rumah masing-masing untuk menj4ngkit ahli keluarga.

Ahli keluarga pula menular virus ke komuniti sehinga c0v1d menjadi sporadik di mana-mana.

7. Kerajaan tunggu sehingga penggunaan kapasiti ICU cecah 103% sebelum mengumumkan total lockdown seminggu dahulu pada bulan Jun biarpun KP KKM dan beberapa menteri kerajaan sudahpun memberi amaran bahawa penggunaan ICU hospital sudah membimbangkan seawal bulan April.

Langkah yang lembab ini yang menyebabkan sistem hospital tidak mampu bertahan.

Paling menyedihkan ialah langkah-langkah tersebut adalah terlalu jelas merupakan satu kesilapan besar yang tidak masuk akal ketika ianya dilakukan – melainkan niat ialah untuk membiak c0v1d supaya ada alasan untuk meminta darurat dan tidak ditamatkan awal.

Setiap kali langkah-langkah di atas dilaksanakan, saya telah berulang-kali memberi amaran bahawa ianya akan membawa parah pada negara tetapi kerajaan tidak mahu dengar.

Ya, pand3mik mengancam seluruh dunia tetapi Malaysia tidak jadi antara negara paling cor0t dalam dunia dari segi c0v1d dan ekonomi tanpa sebab.

Malaysia tidak menjadi satu-satunya sahaja negara dalam dunia di mana makin lama kita berkurung, makin tinggi c0v1d naik biarpun kerajaan sudah diberi kuasa penuh darurat selama 7 bulan.

Perlu ada seorang yang bertanggung jawab sebab kesilapan-kesilapan di atas adalah terlalu jelas serta tidak masuk akal dan kerosakan serta kehilangan nyawa yang di bawanya adalah terlalu besar.

Ismail Sabri bersama beberapa menteri  bertemu dengan Najib malam tadi

Kuala LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak malam ini.

Pertemuan dikatakan berlangsung di kediaman Najib sejak jam 8 malam dan berakhir tiga jam selepas itu.

Sumber MalaysiaGazette memaklumkan selain Ismail Sabri, turut kelihatan tiga kenderaan menteri mengiringi Naib Presiden UMNO itu.

Pertemuan dipercayai bertujuan menjelaskan pendirian mereka menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ia berikutan menteri-menteri UMNO masing-masing memegang portfolio penting berkaitan Program Imunisasi c0v1d-19 Kebangsaan (PICK) dan tanggungjawab tersebut perlu diberi keutamaan.

Ia ada kaitan dengan desas-desus yang Ismail Sabri akan mengadakan sidang media esok bersama menteri-menteri UMNO berhubung pendirian mereka untuk tidak menarik sokongan terhadap PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setakat ini hanya seorang menteri UMNO iaitu Datuk Shamsul Anuar Nasarah telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli selepas Majlis Tertinggi parti itu memutuskan menarik semula sokongan terhadap PN dan Muhyiddin.

Keputusan itu dibuat berikutan kemelut PN dan Istana Negara berhubung pembatalan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darur4t yang diputuskan Kabinet Muhyiddin pada 21 Julai lalu.

Istana Negara menitahkan supaya pembatalan tersebut dibahaskan di Parlimen sebelum boleh diwartakan.

Di sebalik keputusan MT itu, Ismail Sabri dilihat bersama-sama Muhyiddin dan anggota Kabinet lain mewakili parti masing-masing tampil pada perutusan khas perdana menteri pada Rabu menjelaskan bahawa kerajaan PN tidak tumbang dan perdana menteri masih mempunyai majoriti yang kuat

Kenderaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilihat di kawasan kediaman Datuk Seri Najib Razak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : http://limauasamboi.pw

Be the first to comment on "Baru malam tadi Ismail Sabri pergi jumpa, Najib bagitahu sanggup sokong kerajaan PN tapi perlu jawab soalan ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*