Siti Sarah Dimasukkan Ke ICU, Shuib Pohon Doa

Shuib memaklumkan isterinya yang juga penyanyi, Siti Sarah telah dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras awal pagi tadi.

Menurut Shuib, ia susulan paras oksigen Sarah tidak stabil selain keadaannya yang tidak berapa baik.

Justeru, usahawan ini memohon ramai agar mendoakan kesembuhan buat Sarah serta bayi yang dikandung.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Assalamualaikum Salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik.

“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.

“Semoga Allah merahm4ti kita semua, amin,” tulisnya di Instagram.

Media sebelum ini melaporkan penyanyi lagu Manis itu sepatutnya sudah memotong gelang kuar4ntin pada Rabu, tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batvk dan penurunan oksigen dalam badan memaksanya untuk mendapatkan rawatan.

Sarah sekeluarga disahkan c0v1d-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif virvs tersebut.

Sarah yang kini sarat hamil 7 bulan telah dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun pada Rabu.

Sekadar info, pasangan selebriti ini berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq m4tin, 6.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "Siti Sarah Dimasukkan Ke ICU, Shuib Pohon Doa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*