“Ayyash Affan, Siti Sarah Memang Nak Sangat Nama Tu…” – Shuib Seb4k

Pelawak dan usahawan, Shuib gag4l menahan seb4k selepas selesai majlis bacaan Yasin dan doa selamat buat isterinya, Siti Sarah Raisuddin malam tadi (Jumaat).

Majlis yang diadakan secara dalam talian itu dipimpin Ustaz Ahmad Salahuddin Harun dan turut disertai Datuk Dr Fadzillah Kamsah.

Usai majlis bacaan Yasin buat isteri yang sedang bertarung nyawa di hospital, Shuib dalam nada seb4k mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan menyertai majlis tersebut.

“Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan isteri saya. Saya tahu ramai yang mengenali isteri saya di sini.

“Tolonglah doakan dia. Ampunkan salah dan silap dia, halalkan makan dan minum dia. Semoga itu dapat memudahkan urusan dia,” katanya sebak.

Shuib turut memohon orang ramai agar mendoakan bayi mereka yang dinamakan sebagai Ayyash Arfan berada dalam keadaan sihat.

“Ya, Ayyash Affan…Itulah nama anak kami. Siti Sarah yang pilih nama tu. Beriya-iya dia mahu nama Ayyash Arfan sebab maksudnya bekerja keras dan cerdik, cerdas, pandai…

“Mohon semua doakan Ayyash Affan ya. Semoga dia cepat sihat, ibunya juga,” katanya.

Lebih menyentuh hati apabila Shuib menitiskan air mata ketika berkongsi perasaannya mengenai keadaan terkini isteri tercinta.

“Bohong kalau saya kata, saya okay…Saya mengaku saya lost! Daripada siang tadi (Jumaat) saya tak tahu apa nak buat, apa perasaan saya.

“Tetapi saya bersyukur kerana ramai bersama saya, menenangkan saya. Malam ini saya lebih berlapang dada apabila tengok ramai yang mendoakan Siti Sarah, buat majlis bacaan Yasin.

“Hari ini saya belajar, Allah duga saya supaya saya lebih reda. Saya yakin Allah nak beri saya sesuatu dengan ujian ini.

“Saya reda, saya bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku selepas ini. Saya mohon sangat-sangat…Tolonglah…tolong maafkan dia (Siti Sarah) sekiranya ada salah dan silap terhadap kalian.

“10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya. Kejayaan saya juga kerana doa dia. Saya mohon maafkan segala salah dan silapnya. Halalkan makan minumnya.

“Insya-Allah. Saya yakin dia akan balik. Saya yakin dia akan sihat. Semoga dengan memaafkan dia ini akan memudahkan perjalanannya. Saya sangat berlapang dada untuk malam ini untuk segala doa,” katanya sambil menyeka air mata.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "“Ayyash Affan, Siti Sarah Memang Nak Sangat Nama Tu…” – Shuib Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*