Ini Kata Kata Dari PM Lepas Teng0k Datvk Azizulhasni Menangls Masa Live Tadi

Pemenang pingat Perak acara keirin di sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang menyampaikan dan menerima khabar yang meng.ejutkan sebaik merangkul kilaun yang sangat didambakan tersebut.

Sambil menangis, Azizulhasni membuka ra.hsia bahawa ayahnya, mengalami midl st.roke dan telah dimasukkan ke h.ospital saat dirinya berangkat ke Jepun untuk mengharumkan nama negara.

“Sewaktu berlumba saya teringat anak, isteri, mak dan ayah di kampung.

“Ayah saya berada di h.ospital. Ayah sa.kit, kena mild st.roke. Tapi adik beradik minta saya fokus dengan perlumbaan ini.

“Tak mudah buat saya. Saya perlu fikir negara,” luah atlet yang digelar The Pocket Rocket Man ini.

Biarpun sempat menyampaikan khabar d.uka, Azizulhasni telah dikejutkan dengan berita gembira apabila wartawan Astro Arena, Bazly Azmi yang diamanahkan menyimpan r.ahsia besar daripada isteri pelumba itu memaklumkan beliau bakal bergelar seorang ayah.

Isteri Azizulhasni, Athiah Ilyana yang berada di Melbourne, Australia, kini h4mil anak ketiga mereka.

“Saya simpan ini, Tya hamil anak ketiga,” ujar Bazly.

Mendengarkan khabar gembira itu, Azizulhasni secara spontan dilihat melakukan sujud syukur.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah. Saya tak sabar nak pulang bertemu anak anak dan isteri. Hari hari anak anak tanya bila saya nak balik,” kata Azizul yang sudah dikurniakan dua anak perempuan iaitu Amna Maryam, 8 dan Amna Khadeeja, 5.

Terdahulu, Azizulhasni yang berulang kali meminta maaf kepada keluarga dan seluruh rakyat Malaysia kerana tidak dapat membawa pulang pingat emas dalam acara kegemarannya itu.

“Saya asyik teringat anak anak, isteri, mak dan ayah. Saya tinggalkan mak ayah dari saya umur 15 tahun di kampung seorang diri untuk negara.

“Saya harap mereka tak kecewa dengan result saya hari ini, untuk rakyat Malyasia dan sukan negara,” katanya.

Untuk rekod, Azizulhasni telah memenangi pingat gangsa dalam acara sama di temasya Olimpik Rio yang lalu.

Kata Kata Dari Perdana Menteri

Tahniah buat jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang kerana menghadiahkan pingat perak buat Malaysia menerusi acara Keirin basikal trek, Sukan Olimpik Tokyo, sebentar tadi.

Kejayaan ini tentunya menambahkan keceriaan buat kontinjen negara sebelum temasya sukan tersohor ini melabuhkan tirainya.

Biar apa pun warnanya, kilauan pingat yang dikutip di pentas sukan terbesar ini tentunya memberi makna cukup signifikan buat anda dan juga negara apabila melihat Jalur Gemilang dinaikkan.

Seluruh rakyat Malaysia pastinya amat berbangga dengan aksi dan semangat tidak mudah meng.alah yang anda tunjukkan. Saya turut merasa sayu melihat tangisan kemenangan sebentar tadi. Kami di Malaysia amat memahami perasaan serta kesukaran yang anda lalui sepanjang temasya ini.

Terima kasih saya ucapkan atas segala peng.orbanan anda demi negara.

Syabas juga kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Seri Reezal Merican, barisan kejurulatihan dan seluruh kontinjen Malaysia atas kejayaan ini.

Kepada Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula, saya ingin katakan yang kegagalan mengiringi Azizulhasni ke peringkat akhir tidak seharusnya mem.atahkan semangat anda.

Iltizam dan semangat ‘Demi Malaysia’ yang dipamerkan apabila sanggup mengetepikan kes.akitan yang dialami semasa di peringkat saringan dan suku akhir dengan sendirinya membuktikan anda adalah wira yang perlu disanjungi. Terima kasih Shah Firdaus.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Kredit : Astro/FB via om

Be the first to comment on "Ini Kata Kata Dari PM Lepas Teng0k Datvk Azizulhasni Menangls Masa Live Tadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*