[VIDEO] Tradisi perkahwinan suku kaum Afrika ini vuri perhatian, “Aku takkan senyum sampai…”

Setiap perkahwinan adalah bertujuan untuk memberikan pasangan kebahagiaan, terutamanya golongan wanita yang mempunyai banyak tanggungjawab setelah menjadi isteri orang.

Dalam mana-mana budaya pun, lelaki akan cuba memberi keyakinan kepada pasangan mereka bahawa mereka mampu untuk membuat pasangan mereka bahagia, walaupun kadang kala kata-kata mereka hanya menjadi janji palsu.

Namun sebuah suku kaum Afrika ini mengambil serius perkara itu dengan mengamalkan tradisi perkahwinan yang agak unik, di mana pengantin lelaki perlu membuat pengantin perempuan tersenyum di hari perkahwinan mereka.

Caranya adalah dengan melemparkan wang tunai pada pengantin perempuan sehingga wanita itu tersenyum.

Dalam sebuah video yang tular, seorang pengantin perempuan dilihat berdiri di hadapan suaminya dengan muka yang masam, sementara suaminya membaling duit pada wanita berkenaan untuk cuba membuat mereka senyum.

Menurut komen yang ditinggalkan netizen juga, tradisi suku Ijaw itu memerlukan pengantin perempuan untuk menahan senyumannya sementara keluarga pengantin lelaki perlu memberikan mereka wang dan pujian sehinggalah dia tersenyum untuk menunjukkan kedua-dua belah pihak menerima perkahwinan itu.

Selagi pengantin perempuan tidak tersenyum, keluarga pengantin lelaki mesti melakukan apa sahaja untuk membuktikan kepada pengantin wanita bahawa dia disayangi dan dihargai.

“Aku takkan senyum sampai dia jadikan aku jutawan…”

“Aku mesti akan tergelak lepas 4 saat…”

“Aku takkan senyum sampai aku habiskan duit simpanan dia…”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber  :  https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment on "[VIDEO] Tradisi perkahwinan suku kaum Afrika ini vuri perhatian, “Aku takkan senyum sampai…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*