Siti Sarah sedekah senyap-senyap, bantu bekas wartawan ‘ses4k’ hiIang kerja – “Dia masukkan ribuan ringgit… minta pengurus rahs1akan”

PEMERG1AN Siti Sarah Raisuddin membuka 1,001 kisah mengenai kebaikan Allahy4rham yang selama ini mungkin tidak diketahui ramai.

Siti Sarah sebenarnya suka bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan. Ini terbukti selepas Allahyarh4m menghembvskan n4fas terakhirnya pada Isnin, satu persatu kebaikan beliau dikongsi ramai.

Malah, amalan baik dilakukannya itu umpama tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui. Beliau enggan perbuatan itu diketahui oleh orang yang dibantunya. Itulah antara sikap baik Siti Sarah yang benar-benar membuatkan mereka yang pernah rapat dengannya rasa terh4ru.

Hal tersebut turut dialami oleh dua bekas wartawan, Utusan Karya Sdn. Bhd yang dihimp1t kesus4han selepas syarikat mereka, Utusan Melayu (M) Berhad gulung tikar pada 2019 dan pampasan penuh yang dijanjikan tidak dibayar sehingga hari ini.

Rosli Manah, 53, bekas Pengarang URTV menceritakan dia terkejut apabila pada tahun lalu, mendapat panggilan telefon daripada syarikat artis itu bernaung, Indigital Music menyatakan seorang artis mahu menghulurkan bantuan.

Menurut Rosli, dia tertanya-tanya siapakah artis itu kerana pihak pengurusan syarikat berkenaan enggan mendedahkan individu yang ingin menghulurkan bantuan kewangan tersebut.

rosli1

Kebaikan Siti Sarah akan terus dikenang Rosli Manah.

“Saya tanya Nana (pihak pengurusan Indigital) siapa yang bantu? Nana kata, tak perlu tahu kerana artis berkenaan ikhlas menolong. Jumlah yang dibantunya itu, bagi saya agak banyak kerana ketika itu saya benar-benar dalam kesusahan kerana tiada pekerjaan,” ujar Rosli.

Tambah Rosli lagi, rahsia itu terbongkar selepas Nana tidak sengaja menulis nama Sarah sebagai rujukan resit bank ketika pemindahan wang dilakukan.

“Kemudian saya hubungi Nana dan bertanya mengenai nota kecil itu dan Nana mengaku dia tidak sengaja tertulis catatan berkenaan dan seterusnya mengaku, wang tersebut pemberian Siti Sarah dan mohon dirahsiakan.

“Arw4h sangat pemurah… masa itu saya dah tak bekerja di Utusan. Saya dah tiada duit untuk bayar tunggakan kereta dan saya ada muat naik status itu di Facebook.

 

Saya tengok ada duit ribuan ringgit yang disumbangkan oleh arw4h dimasukkan ke dalam akaun saya.

ROSLI MANAH

BEKAS WARTAWAN HIBURAN

“Tak sangka Nana kemudian tanya nombor akaun saya, masa tu saya tak tahu fasal apa. Lepas itu saya tengok ada duit ribuan ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun saya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Rosli, sehingga kini dia tidak berpeluang berterima kasih kepada Siti Sarah kerana terpaksa berpura-pura tidak mengetahui tentang sumbangan tersebut.

Ditanya sejauh manakah rapatnya hubungan dia dengan Siti Sarah, ujar Rosli, pada awal kemunculan penyanyi itu, dia banyak memberi liputan terhadap Siti Sarah melalui majalah URTV pada usia belasan tahunnya.

johaa

Gambar kenangan Joha Ahmad ketika sihat.

Malah, Rosli juga berkawan baik dengan Pegawai Perhubungan Awam Siti Sarah ketika itu, Allahy4rham Ruslan Agil dan mereka kerap keluar, makan bersama-sama yang turut disertai Siti Sarah.

“Saya dimaklumkan, bantuan yang diberikan Siti Sarah itu kerana dia terhutang budi saya pernah membantunya saat susahnya dia untuk menapak dalam dunia seni. Dia tak lupa jasa saya itu. Saya sangat-sangat terharu akan budi baiknya. Tak semua artis menghargai wartawan yang banyak membantu mereka saat dilanda kesusahan. Terima kasih Sarah… Allah saja yang membalas budi baik Sarah,” kata Rosli seb4k.

Selain Rosli, Siti Sarah juga ada membuat sumbangan kepada seorang lagi bekas Pengarang Kanan, Utusan Karya Sdn. Bhd. iaitu Joha Ahmad, 55, yang kini menderita peny4kit buah pinggang.

Menurut Joha, dia terkejut apabila menerima sumbangan daripada arw4h kira-kira dua bulan lalu biarpun mereka sudah lama tidak berhubung.

“Saya terima sumbangan wang tunai daripada arw4h Sarah dua bulan lepas… saya memang sangat terkejut sebab kami memang dah lama tidak berhubung.

“Saya cakap pada dia terima kasih sebab masih ingat saya… hubungan saya dengan arwah bukan macam wartawan dengan penyanyi, sebaliknya dah macam abang dengan adik.

“Arwah memang tahu saya sak!t dan dia juga sempat berpesan pada saya agar selalu jaga diri,” katanya yang menyifatkan Allahy4rham seorang yang merendah diri serta sentiasa mengingati wartawan-wartawan hiburan yang telah menaikkan namanya di persada seni.

siti sarah1

Siti Sarah dikebvmikan di Tanah Perkubvran Kampung Sungai Pusu, Gombak pada petang, Isnin.

Ujar Joha, hubungan baiknya bukan sahaja terhadap Siti Sarah malah termasuklah dengan ahli keluarga penyanyi itu.

Joha mengenali arw4h apabila Siti Sarah menyertai pertandingan karaoke Bintang URTV pada 2000 yang menobatkan Siti Sarah sebagai juaranya. Ketika itu Joha ialah wartawan di majalah berkenaan.

“Daripada situlah kami mula rapat dan saya kerap memberi publisiti kepadanya sehinggalah dia dikenali. Saya bersama Siti Sarah, ibu dan bapanya pernah duduk makan bersila, sama-sama berebut nasi berlauk budu tak lama dulu. Kelakar kalau diingat semula kenangan lalu,” kata Joha.

Ujarnya, ketika dilanda masalah kesihatan, dia tidak menyangka Siti Sarah masih mengingati jasanya walaupun Joha tidak mengharapkan balasan kerana apa yang dilakukannya suatu ketika dahulu adalah sebagai menjalankan tugas sebagai wartawan untuk memberi publisiti kepada artis.

siti sarah

Siti Sarah meninggalkan empat orang cahaya mata.

Siti Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah Raisuddin, 37, menghembvskan naf4s terakhir pada pukvl 5.13 pagi Isnin di Pusat Pervbatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas dit1durkan pada 4 Ogos lalu akibat ser4ngan w4bak c0v1d-19.

Allahy4rham menjalani pembed4han mengeluarkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada usia kandvngan lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

Jenazah Allahy4rham dikebvmikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor kira-kira pukvl 1.20 petang, Isnin.

Siti Sarah men1nggalkan suami, Shuib Sepahtu atau Shahmira Muhamad dan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq mat!n, 6, dan Ayash Affan yang kini masih dalam pemantauan di PPUKM.

Siti Sarah juga disenangi oleh ramai wartawan dan saat dia terlantar sak!t di hospital, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) turut menganjurkan majlis bacaan Yasin dengan mengamanahkan urusan berkenaan kepada ahli Masjid Abu Bakar, Temerloh, Pahang yang turut ditujukan juga kepada rakan-rakan artis lain dan petugas media yang turut dilanda musibah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : MSTAR

Be the first to comment on "Siti Sarah sedekah senyap-senyap, bantu bekas wartawan ‘ses4k’ hiIang kerja – “Dia masukkan ribuan ringgit… minta pengurus rahs1akan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*