Lelaki Indonesia terpaksa dipujuk ibu selepas pat4h hati Messi tinggalkan Barcelona

Sesetengah orang pasti tertanya-tanya mengapa peminat bola sepak begitu taksub dengan pemain kegemaran mereka sehingga mereka akan menangis jika pasukan kegemaran mereka kalah.

Hakikatnya buat ramai orang, bola sepak adalah salah satu jalan untuk mereka keluar dari masalah harian, sama ada dengan menonton perlawanan di televisyen mahupun dengan melibatkan diri dalam sukan itu.

Baru-baru ini contohnya dunia bola sepak digemparkan dengan berita tentang pemain bola sepak nombor satu dunia, Lionel Messi meninggalkan kelab Barcelona setelah 21 tahun.

Barcelona dikatakan tidak mampu lagi untuk membayar gaji Messi yang begitu tinggi dan terpaksa melepaskannya untuk menyertai kelab dari Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Berita tersebut membuat jutaan penyokong Barcelona kec3wa dan sedih melihat bintang utama kelab kegemaran mereka berpindah, malah Messi sendiri sedih untuk meninggalkan Barcelona, dan dilihat menangis pada sidang media.

Selain Messi, seorang lelaki dari Indonesia ini juga terpaksa dipujuk ibunya kerana pat4h hati selepas mendapat tahu tentang perkara itu.

Dalam video yang dikongsikan di Twitter, ibu lelaki itu dilihat memujuknya dan mengusap rambutnya sebelum berkata bahawa Messi tidak m4ti jika meninggalkan Barcelona kerana dia banyak duit.

Ternyata reaksi peminat Messi itu bukanlah hanya aksi dram4tik tetapi kesedihan yang sebenar, malah ramai peminat lain yang turut menunjukkan reaksi yang sama termasuklah jurukamera yang merakam temubual bintang bola sepak itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Lelaki Indonesia terpaksa dipujuk ibu selepas pat4h hati Messi tinggalkan Barcelona"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*