Syatilla Melvin Tawar Nak Jadi Ibu Susuan Ayash Affan, Ini Reaksi Shuib Yang Mengejvtkan

BESAR tanggungjawab yang perlu dipikul pelawak Shuib Sepahtu selepas pemerg1an isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah pada Isnin lalu.

Lebih pilu apabila mengenangkan tugasnya untuk membesarkan empat orang cahaya mata yang masih kecil termasuk bayi pramatang Ayash Affan yang baru berusia 5 hari.

Ujar Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, paling membimbangkan apabila memikirkan soal susu untuk bayi yang kini masih dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Namun, Shuib mendedahkan dia banyak menerima tawaran daripada rakan selebriti wanita termasuk pelakon Syatilla Melvin yang mahu menjadi ibu susuan kepada anak keempatnya itu.

Shuib kini memikul tanggungjawab mengurus dan menjaga anak-anak seorang diri.

“Pagi tadi bangun tidur… termenung kejap. Terfikir kalau baby dah balik rumah, dia nak minum susu macam mana. Teringat kata-kata arwah… dia suruh saya yang jaga baby sebab tak nak bersengkang mata.

“Sebab tiga orang anak kami, dia yang banyak jaga. Masa itu terfikir kalau tak larat, dia masih ada. Tapi rupa-rupanya memang betul saya kena jaga seorang diri.

“Memang fasal susu ini buat saya termenung juga. Sebab sekarang doktor kata baby minum susu tepung tapi kalau ada susu ibu, boleh bawa ke hospital. Itu dah soalan cepumas… susu siapa pula nak bagi.

“Ramai orang yang tawarkan termasuk Samtilla (Syatilla) pun ada. Apabila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa… nanti jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu,” katanya

Shuib berkata demikian pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Siti Sarah pada Rabu malam.

Insya-Allah dalam sebulan lebih lagi, baby mungkin akan balik ke rumah.

Majlis itu diketui oleh Fakhrul UNIC dan bacaan doa daripada pendakwah Tarmizi Abdul Rahman diikuti tazkirah oleh Shahrizan.

Ia turut disertai rakan artis seperti Zaina Zain, Hafizul Kamal, Sharnaaz Ahmad, Nabil Ahmad, Zizan Razak, Achey serta bapa Sarah iaitu Raissuddin Hamzah.

Sementara itu Shuib memberitahu dia belum berpeluang bertemu Ayash Affan memandangkan keadaan di PPUKM beris1ko tinggi Covld-19.

“Sepatutnya hari ini dapat berjumpa tapi tengahari tadi pengarah PPUKM hubungi saya beritahu kata dah berbincang dengan doktor lain… keadaan di sana tidak sesuai sebab risiko Covld-19 tinggi.

“Untuk lebih selamat, dia terpaksa tunda lagi. Tapi dia tetap akan cuba dapatkan gambar dan video baby. Anak-anak pun dah tanya bila dapat tengok, saya lagi la nak tengok baby.

“Alhamdulillah keadaan dia stabil dan berat dia pun dah lebih 1.8 kilogram. Cuma waktu sekarang tidak sesuai untuk ambil gambar, doktor bimbang saya akan sedlh.

Shuib teringat Siti Sarah pernah memintanya untuk menjaga bayi mereka seorang diri.

“Tapi doktor akan cuba untuk ambil gambar baby. Insya-Allah dalam sebulan lebih lagi, baby mungkin akan balik ke rumah,” ujarnya.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur aklbat Covld-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 7 Ogos lalu.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebum1kan di Tanah Perkubur4n Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq m4tin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM

AyashAffan Negatif Sw4b Test, Bayi Shuib Akan Pulang Ke Rumah Dalam Tempoh Sebulan

Hasrat Shuib untuk bertemu anak bongsunya, Ayash Affan yang kini berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) masih belum kesampaian.

Shuib yang merancang untuk menziarah anaknya yang berusia empat hari itu siang tadi terpaksa membatalkan hasrat tersebut atas nasihat pakar dan doktor.

“Mengikut perancangan saya akan berjumpa dengannya tengahari tadi. Namun atas nasihat Pengarah HUKM yang sudah berbincang dengan pakar dan doktor, saya tidak diizinkan berbuat demikian atas faktor kesihatan.

“Ia terlalu high risk untuk keadaan sekarang (COVlD 19). Jadi hasrat itu ditunda,” kata Shuib kepada media sewaktu sesi bacaan tahlil dan yassin buat Siti Sarah secara maya sebentar tadi.

Bercerita mengenai perkembangan terkini anaknya yang dilahirkan tanpa sempat mengenal ibunya, Siti Sarah Raissuddin yang pulang ke Rahm4tullah pada 9 0gos lalu, Shuib memberitahu doktor memaklumkan kesihatan Ayash positif.

Selain pertambahan berat badan, anak keempat itu juga negatif COVlD 19 selepas dua kali menjalani sw4b test.

“Alhamdulillah, selepas dua kali sw4b test Ayash negatif COVlD 19. Harap swab kali ketiga juga akan negatif,” katanya.

Shuib juga memberitahu jika tiada sebarang komplikasi atau masalah, Ayash dijangka boleh pulang ke rumah dalam jangka masa satu bulan lagi.

“InsyaAllah mungkin selepas sebulan lebih nanti dia boleh balik rumah,” katanya.

Terdahulu Siti Sarah telah ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan kerana jangkltan COVlD 19.

Sarah melahirkan anak lelaki yang diberi nama olehnya sendiri sewaktu kandungan mencecah usia 8 bulan.

Pasangan ini sudah memiliki tiga cahayamata selepas 11 tahun menikah. Mereka adalah Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq m4tin, 6.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber:http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Syatilla Melvin Tawar Nak Jadi Ibu Susuan Ayash Affan, Ini Reaksi Shuib Yang Mengejvtkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*