Muhyiddin Dijangka Menghadap Agong Isnin, Sedia Lepas Jawatan 

KUALA LUMPUR: Kedudukan Perdana Menteri terus menjadi perhatian ramai apabila media melaporkan beliau dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah Isnin ini. 

Ia susulan khabar angin yang menjelaskan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin menghampiri garisan penamat dan bakal melepaskan jawatan. 

Menerusi perkembangan yang sama, sumber pimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberitahu Utusan Malaysia bahawa Muhyiddin dijangka akan melepaskan jawatan selewat-lewatnya esok.

“Saya menjangkakan perkara ini akan menjadi lebih awal, selewat-lewatnya esok,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Situasi Muhyiddin dilihat kelam apabila pembangkang dan UMNO semalam menolak tawaran rentas kepartian sebagai balasan kepada meluluskan undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat, menjelang September ini.

Malah pegawai pimpinan kanan kerajaan turut memaklumkan, tiada mana-mana parti yang tampil memberi sokongan terhadap apa yang ditawarkan Perdana Menteri. 

“Tidak ada pun yang datang pada kita setakat ini. Memang tidak ada,” ujarnya. 

Menjelaskan kedudukan DAP yang dilihat memberi majoriti tipis kepada Muhyiddin, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menjelaskan seorang daripadanya yang dilihat cenderung kepada Perdana Menteri telah kembali kepada Pakatan Harapan (PH). 

“Ong Kian Ming dah patah balik, malam tadi dia dah jelaskan pada kita. Tinggal Tony Pua sahaja,” katanya ringkas ketika dihubungi. 

Terdahulu, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Damansara telah menimbulkan persoalan mengenai usaha sia-sia menjatuhkan Muhyiddin yang berkemungkinan besar akan berpihak atau memberi manfaat kepada UMNO. – UTUSAN

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : utusanonline

Be the first to comment on "Muhyiddin Dijangka Menghadap Agong Isnin, Sedia Lepas Jawatan "

Leave a comment

Your email address will not be published.


*