Perdana Menteri dijangka srah surat letak jawatan kepada Agong esok – Menteri PM

Kemelvt yang melanda pentadbiran negara nampaknya semakin meruncing apabila khabar angin berkenaan peletakkan jawatan Perdana Menteri semakin betiup kencang.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan telah kehilangan majoriti undi setelah UMNO menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional.

Oleh itu, menerusi laporan dari Malaysiakini, Perdana Menteri dijangka akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong Isnin 16 Ogos 2021.

Hal tersebut memetik daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Fungsi Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang memaklumkan Muhyiddin telah menyampaikan keputusannya itu ketika bertemu anggota Parlimen Bersatu di ibu pejabat PN pada pagi 15 Ogos 2021 (Ahad).

Terdahulu, Muhyiddin dalam satu pengumuman khas pada Jumaat menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan PN dengan parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Bagaimanapun, tawaran Perdana Menteri itu ditolak majoriti ahli Parlimen pembangkang daripada Pakatan Harapan (PH), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) serta Ahli Parlimen UMNO yang sebelum ini menarik sokongan kepada beliau.

Kedai emas antara aktiviti perniagaan yang dibenarkan beroperasi berkuat kuasa esok.

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara berkuat kuasa esok.

Kemudahan sektor ekonomi itu adalah tambahan kepada kemudahan sektor sosial yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksln C0vldl9.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, senarai aktiviti ekonomi itu ialah seperti berikut:

Kedai cuci kereta,

Kedai elektrik dan elektronik

Kedai barangan rumah dan peralatan dapur

Kedai perabot

Kedai peralatan sukan

Kedai aksesori kereta

Pusat pengedaran dan jualan kereta

Pasar pagi dan pasar tani sahaja

Kedai pakaian, fesyen dan aksesori

Kedai barang kemas

Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)

Beliau berkata, terdapat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja).

“Ia termasuklah memakai sarung tangan, mengehadkan masa urusan antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan bilik persalinan pakaian.

“SOP-SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan,” katanya.

Katanya, pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi C0vldl9 masing-masing bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vakslnasi lengkap.

“Sekali lagi diingatkan, maksud vakslnasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi v4ksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi v4ksin jenis satu dos,” katanya.

Negeri-negeri dalam Fasa 1 PPN buat masa ini ialah Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor selain Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Sumber – K! ONLINE

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber:http://transformasi.pw/

Be the first to comment on "Perdana Menteri dijangka srah surat letak jawatan kepada Agong esok – Menteri PM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*