Sharnaaz Pening Fikir Hadiah Buat Jebat, Peminat Cadang Mamu Bagi Mama Baru

Sempena ulang tahun kelahiran Jebat Jayden yang ketiga yang bakal disambut pada 30 Ogos ini, Sharnaaz Ahmad telah meminta bantuan netizen untuk mencadangkan hadiah untuk diberikan kepada anaknya mengikut kriteria yang telah disenaraikan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Ribuan komen telah diterima Sharnaaz Ahmad berkaitan permintaannya yang telah dikongsikan di Instagram baru-baru ini.

Paling menarik perhatian sudah tentulah cadangan ‘mummy baru’ untuk  sebagai hadiah buat anak kesayangannya itu.

“Aku perlukan bantuan. Hadiah apa nak beli kat budak bertuah ni untuk birthday dia”

“Dia suka menari, menyanyi, fries dan ayam bakar, skelet0n, Spiderman, obses dengan bulan, cookie m0nster, main air berjam-jam dan suka perempuan cantik (ikut baba).”

“Selain dari bagi mak baru, tolong bagi idea! Dah dekat dah ni 30 Ogos ni!”

Menurut Sharnaaz lagi, pertolongan netizen boleh membantu ibu bapa yang ketiadaan idea sekiranya mahu belikan sesuatu untuk anak mereka. Apatah lagi banyak kedai tutup semenjak PKP dilaksanakan.

Gara-gara permintaanya itu, ruangan komen posting tersebut dihujani komen netizen yang mencadangkan pelbagai jenis hadiah yang menarik termasuklah cadangan supaya memberikan ibu baru untuk Jebat.

Terdapat juga netizen yang menyakat pelakon itu dengan seorang penyanyi yang didkwa mempunyai hubungan istimewa dengan Sharnaaz.

Sementara itu, Sharnaaz juga dilihat telah meninggalkan komen bernada gurauan pada sekeping foto Vanesha Prescilla, seorang pelakon Indonesia, dengan meminta selebriti tersebut sebagai sudi menjadi ‘hadiah’ untuk anak tunggalnya itu.

 

Sumber: OMM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Be the first to comment on "Sharnaaz Pening Fikir Hadiah Buat Jebat, Peminat Cadang Mamu Bagi Mama Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*