Sultan Johor Dan TMJ Keluar Satu Ayat Yang Sangat Mendalam Dan Kebetulan Hari Ini Persidangan Raja Raja Untuk Pemilihan Perdana Menteri

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mencvri tumpuan selepas memuat naik hantaran berkaitan sifat-sifat orang mun4fik di media sosial Baginda.

Menerusi kemas kini tersebut, Sultan Ibrahim berkongsi Hadis Riwayat Al-Bukhari yang menjelaskan tanda-tanda orang mun4fik.

“Daripada Abi Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tanda-tanda orang mun4fik ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berdusta dan apabila dia berjanji dia memungk1ri dan apabila dia diberi amanah dia telah mengkhi4nati.”

Sementara itu, semakan di Instagram Story Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula, baginda menulis: “A true leader cannot be bought” (Pemimpin sejati tidak boleh dibeli).

TMJ memuatnaik kemas kini di Instagram Story baginda hari ini

Terbaharu, menerusi satu kenyataan di Facebook, Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ berkata, kestabilan dan kehidupan rakyat adalah keutamaan dan bukan kepentingan peribadi.

Sebelum ini, Sultan Johor antara yang lantang memberi amaran kepada mana-mana individu yang cuba menjatuhkan kerajaan Negeri sedia ada.

Baginda bertitah tidak akan teragak-agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika berlaku cubaan menjatuhkan kerajaan Negeri, selain tidak akan melayan permainan politik mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor yang terus bertelagah sampai mengganggu negeri dan kerajaan.

Raja-Raja Melayu telah bersidang beberapa kali sejak tahun lalu berikutan kemelut politik dan pand3mik c0v1d-19 yang melanda negara.

Pada 28 Februari 2020, satu mesyuarat khas Raja-Raja Melayu diadakan di Istana Negara bagi membincangkan perkembangan politik semasa susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa berikutan Bersatu keluar daripada PH.

Lebih setahun selepas itu, situasi hampir sama berlaku lagi berikutan Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang sokongan Ahli Dewan Rakyat selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin beliau.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, dan melantik beliau sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Istana Negara menjadi tumpuan ramai hari ini kerana Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu dijangka akan membincangkan tentang pemilihan calon Perdana Menteri ke-9.

Ia susulan semua Ahli Parlimen telah menyerahkan surat akaun bersumpah (SD) kepada Istana Negara mengenai calon Perdana Menteri yang mereka sokong pada 18 Ogos 2021.

Semalam Yang di-Pertuan Agong dilaporkan berkenan menerima menghadap ahli Parlimen dari parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berdasarkan Perlembagaan, Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah akan melantik calon yang berjaya membuktikan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

 

Sumber : Astro Awani / Kosmo Online

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : https://aud1r8.com

Be the first to comment on "Sultan Johor Dan TMJ Keluar Satu Ayat Yang Sangat Mendalam Dan Kebetulan Hari Ini Persidangan Raja Raja Untuk Pemilihan Perdana Menteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*