“Doktor Dah Cuba Yg Terbaik, Tapi Bukan Rezeki Dia” – Ibu Syamel Men1nggal Dun1a

Kuala Lumpur: Ibu kepada penyanyi Syamel, Wan Faaizah Karim, 55, men1nggal dun1a di sebuah pusat perubatan swasta, di sini pada jam 10.09 malam tadi.

Selepas hampir dua bulan menerima rawatan di hospital akibat kekurangan oksigen dalam badan, Syamel reda dengan berita pemergi4n ibunya.

“Allah lebih menyayangi umi. Umi saya, Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap pencipta-Nya pada jam 10.09 malam tadi.

“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini,” katanya.

Menurut Syamel, dia juga memohon keampunan daripada Allah dan berharap ibunya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Ya Allah, ampunkanlah dosa umi ku. Kau perlihatkanlah syurga buat umi. Kau jadikanlah kuburnya seperti taman syurga. Kau terimalah segala amal baiknya di dunia ini untuk dijadikan teman di alam sana.

“Kau terangilah cahaya di dalam kuburnya, sesungguhnya umi ku pergi meninggalkan seribu satu ajaran padaku yang akan aku amalkan hingga akhir hayat,” katanya.

Terdahulu Syamel mengaku bimbang dengan keadaan kesihatan ibunya apabila terpaksa ditidurkan akibat kekurangan oksigen di dalam badan.

Dalam masa sama, Syamel menafikan ibunya dij4ngkiti c0v1d-19 dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius dan ini pertama kali dia dimasukkan ke w4d sepanjang kehidupannya.

 

Kredit:gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : http://menujukebenaran.

Be the first to comment on "“Doktor Dah Cuba Yg Terbaik, Tapi Bukan Rezeki Dia” – Ibu Syamel Men1nggal Dun1a"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*