“Setiap Kali Bertemu Subuh, Ingatan Kuat Untuk You…” – Alyah Rindu, Kenang Kenangan Manis Bersama Siti Sarah

Penyanyi Datin Alyah meluahkan rasa rindu terhadap rakan industri, Allahyarh4mah Siti Sarah yang pergi menghadap Ilahi baru-baru ini.

Menurut Alyah, dia seringkali teringat akan arw4h setiap kali menjelang subuh kerana penyanyi lagu Kesetiaan itu sering membalas mesejnya sekitar waktu itu.

“I miss you babe, setiap kali bertemu subuh ingatan I sangat kuat untuk You sebab You selalu balas mesej I dalam waktu ini.

“Subuh ini I saja menunggu mesej dibalas dari You sendirian, I selalu doa untuk You, I tahu You dah berada di tempat yang indah babe.

“Al-Fatihah buatmu Sarah,” coretnya di Instagram.

Tambah Alyah, dia tidak akan melupakan Sarah sebagaimana dia tidak lupa akan anggota keluarga yang juga telah meninggal dunia.

“Macam mana aku tak pernah lupakan arwah Apak, arw4h Abang Long, arwah Md Nor, macam itu juga dengan kau Sarah, korang sentiasa ada dalam hati ini,” tambahnya di ruangan kapsyen.

Terdahulu, Siti Sarah bertarung nyawa akibat c0v1d-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos 2021.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

 

Sumber:Gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : https://www.dnq.pw

Be the first to comment on "“Setiap Kali Bertemu Subuh, Ingatan Kuat Untuk You…” – Alyah Rindu, Kenang Kenangan Manis Bersama Siti Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*