Genap Seminggu Dibvru Tunku Mahkota Johor (TMJ), Akhirnya Azman Naim menghadap TMJ

PETALING JAYA – Genap seminggu dibvru Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim susulan sebuah lagu parodi berjudul My Sejahtera Way tular dalam media sosial, lelaki bernama Azman Naim selesai menghadap baginda hari ini.

Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim menerusi Instagramnya, @azmannaim44mantra mengakui sangat terharu dengan pendekatan seorang pemerintah yang sangat prihatin terhadap rakyat serta menerima kehadirannya masuk menghadap.

“Ampun Tuanku Tuanku Makhkota Johor. Menjunjung kasih kerana Tuanku terima patik menghadap. Segala yang dititah akan selamanya tersemat dalam hati.

“Patik menjunjung kasih kerana Tuanku sentiasa peka dengan permasalahan rakyat Johor.

“Sanggup meluangkan masa terima patik menghadap dan berkongsi pendapat serta pandangan tentang pelbagai isu rakyat. Semoga Allah sentiasa membantu Tuanku dalam menjaga rakyat serta membangunkan negeri Johor.

Patik dan sahabat akan sentiasa bersama Tuanku. Kita akan lakukannya bersama. Untuk rakyat dan negeri Johor,” tulisnya sambil berkongsi sekeping gambar bersama TMJ.

Perkongsian usahawan yang dikenali dengan keunikan vokal membawakan lagu parodi khusus mengenai situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertengahan tahun lalu itu ternyata perhatian dan rasa bangga rata-rata pengikutnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AZMAN NAIM 44 MANTRA (@azmannaim44mantra)

Mengenakan sut serba hitam lengkap bersongkok, Azman, 36, tampak segak berdiri di sebelah TMJ.

Terdahulu, TMJ menyempurnakan permintaan ayahanda baginda, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar susulan sebuah video nyanyian semula My Way dendangan Frank Sinatra yang dimuatnaik Azman dalam Instagram.

TMJ dalam hantaran menerusi InstaStory turut memuji perkongsian @azmannaim44mantra selain mengulang hantaran video lelaki asal Kulai Johor itu bersama kapsyen ‘First Class’.

Menyedari TMJ sedang mencarinya, @azmannaim44mantra atau nama sebenarnya turut memberikan maklum balas dengan menulis ‘Menjunjung Kasih Tuanku’.

Azman yang juga bapa kepada dua anak aktif membawakan lagu popular yang ditukar ke lirik bahasa Melayu dengan mengambil isu semasa sebagai tema nyanyian lagu saduran dalam medis sosial.

Bukan sekadar mempunyai vokal hebat, seni kata yang diketengahkannya cukup dekat dengan situasi dilalui masyarakat masa kini yang terpaksa berperang dengan pand3mik c0v1d-19.

Malah lagu My Way ditukar judul kepada My Sejahtera Way yang dimuat naik sejak 24 Ogos lalu menjurus kepada keluhan orang ramai belum mendapat suntik4n v4ksin c0v1d-19.

Rata-rata melayangkan tahniah kepada usahawan berkenaan yang menghiburkan ramai meskipun disampaikan dalam bentuk sarkastik dan gurauan.

Antara lagu lain berkisar PKP yang dikongsikan usahawan itu dalam laman sosial Instagram serta TikTok termasuk mengenai permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium. – K! ONLINE

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AZMAN NAIM 44 MANTRA (@azmannaim44mantra)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber  :  K! ONLINE

Be the first to comment on "Genap Seminggu Dibvru Tunku Mahkota Johor (TMJ), Akhirnya Azman Naim menghadap TMJ"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*