Vida Cem4s 4 Kali Tak Datang Bulan – “Saya Fikir Di Fasa Pra Menopause, Tapi Mujurlah…”

Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, 49, akui cem4s apabila dirinya tidak datang bulan sejak empat bulan lalu.

Kongsinya di Instagram Stories, dia hampir risau simptom terbabit menjadi petanda pra-menopause seperti dialami kebanyakan wanita seusia beliau.

“Empat bulan lepas saya tak period, seusia saya 50-an memang fasa untuk menopause. Saya fikir saya di fasa pra-menopause tapi saya tak pernah putvs minum pamoga setiap bulan.

“Alhamdulillah berkat amalkan pamoga, haid saya teratur semula dan normal macam keguguran,” kongsinya.

Panjat rasa syukur, Vida lega apabila dirinya juga disahkan subur dan berupaya untuk melahirkan zuriat lagi.

“Alhamdulillah, dalaman saya baik dan boleh melahirkan zuriat lagi. Apa yang saya nak sampaikan adalah usia, cepat, lambat bukan penghalang untuk kita mendapatkan zuriat.

“Nak lebih yakin saya buat check up kesuburan, ambil darah dan sebagainya,” katanya sambil menayangkan video yang dibikin bersama bekas pembantu peribadinya yang turut digosipkan bersama, Iqbal Zulkefli.

Dalam video berlatarkan lagu Cinta (Melly Goeslaw & Krisdayanti) itu, Vida menyunting beberapa visual bersama Iqbal dengan kapsyen; “Doakan yang terbaik. Iqbal sentiasa bersama sama.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

Sebelum ini tular kenyataan Iqbal memaklumkan Diva telah menjalani ujian kesuburan dan pernah memperkenalkan penyanyi lagu I Am Me itu kepada keluarganya beberapa tahun lalu.

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "Vida Cem4s 4 Kali Tak Datang Bulan – “Saya Fikir Di Fasa Pra Menopause, Tapi Mujurlah…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*