“Ada H4rapan Rent4s Neg3ri, Tapi Saya Minta S4bar Sekej4p Lagi” KJ

Sudah hampir setahun rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas negeri jika tiada urusan mustahak seperti kem4tian atau kecemasan disebabkan pand3mik.

Jadi, kebenaran untuk merentas negeri merupakan satu khabar yang sangat ditunggu-tinggu oleh rakyat Malaysia terutamanya yang sudah berbulan-bulan tidak pulang ke kampung halaman.

Kerajaan sedang mempertimbangkan

Menerusi laporan dari Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihak kerajaan sedang dalam proses mempertimbangkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk aktiviti rentas negeri dalam masa terdekat.

Perkara itu akan dibawa dalam perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan. Jadi, beliau berharap rakyat Malaysia supaya bersabar untuk sedikit masa lagi

“Saya sudah bincang perkara ini dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan kita sedang mengemukakan beberapa cadangan. jadi kita akan bawa ke MKN dalam masa terdekat.
“Ada harapan (rentas negeri), tetapi saya minta sabar sekejap lagi kerana ada beberapa negeri yang mana masih lagi nilai ambang vaksinasi rendah sedikit,” katanya.

Tambah KJ, beliau menjangkakan bahawa pada akhir September nanti, semua negeri akan mencapai nilai ambang sebanyak 60 peratus bagi individu dewasa yang sudah div4ksin.

Oleh itu, tidak lama lagi rentas negeri mungkin dibolehkan asalkan rakyat Malaysia terus bersabar untuk seketika.

“Jadi akhir September ini kita menjangkakan, semua negeri akan sampai nilai ambang 60 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi. Bersabarlah, sedikit sahaja masa lagi,” katanya dalam sesi temubual bersama media.

 

Sumber: Utusan Malaysia (Maisarah Sheikh Kasim)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : http://www.rosemerah.dnqj.my

Be the first to comment on "“Ada H4rapan Rent4s Neg3ri, Tapi Saya Minta S4bar Sekej4p Lagi” KJ"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*