Walaupun C3der4, Latif Romly ‘Terbang’ Rangkul Emas Ketiga Buat Malaysia!

Jaguh lompat jauh para negara Abdul Latif Romly menepati ramalan untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Sukan Paralimpik Rio 2016 meskipun berdepan keced3raan selepas lompatan kelima.

Atlet kelahiran Kangar, Perlis ini berjaya memukau dalam acara final lompat jauh (T20) sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo pada jam 6 petang waktu tempatan.

Latif cemerlang dengan mencatatkan 7.25meter (m) di awal persaingan pada lompatan pertama, 7.45m pada lompatan kedua dan 7.24m pada percubaan ketiga.

Percubaan keempat dibatalkan dan kemudian diteruskan dengan 5.56m pada lompatan kelima.

Latif bagaimanapun tidak dapat meneruskan lompatan terakhir selepas mengalami kecedera4n pada lompatan kelima.

Pingat perak pula dimiliki Atlet dari Greece, Athanasios Prodromou dengan catatan terbaik 7.17m. Manakala Nicholas Hum dari Australia memiliki pingat Gangsa dengan catatan 7.12m.

Untuk rekod, Latif adalah merupakan pemegang rekod dunia dengan lompatan sejauh 7.64m di Sukan Para Asia Jakarta 2018 dan 7.60m untuk rekod Paralimpik .

Latif merupakan atlet terakhir yang bertanding di temasya berprestij kali ini sebelum acara penutup sukan Paralimpik Tokyo pada 5 September.

Petang tadi, atlet badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas kedua buat negara selepas menang pada final badminton perseorangan lelaki kategori SU5 yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi.

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "Walaupun C3der4, Latif Romly ‘Terbang’ Rangkul Emas Ketiga Buat Malaysia!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*